Penyelesaian perbezaan penilaian pengkritik hadith ke atas kredibiliti perawi: kajian ke atas perawi bagi hadith-hadith di dalam kitab Mastika Hadith Jilid 3

Aminuddin Mohamed, and Fadlan Mohd Othman, (2017) Penyelesaian perbezaan penilaian pengkritik hadith ke atas kredibiliti perawi: kajian ke atas perawi bagi hadith-hadith di dalam kitab Mastika Hadith Jilid 3. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 2 (1). pp. 65-73. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
426kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Perbezaan penilaian perawi dalam kalangan pengkritik hadith adalah suatu perkara yang biasa terjadi seperti perbezaan pendapat yang kebiasaan berlaku dalam kalangan para fuqahā’ berdasarkan ijtihād mereka. Perbezaan ini dapat menimbulkan kekeliruan dalam menentukan penerimaan atau penolakkan sesuatu periwayatan bagi perawi-perawi tertentu. Justeru, kajian ini mengfokuskan kaedah yang dapat digunakan bagi menyelesaikan perbezaan penilaian dalam kalangan para pengkritik hadith yang wujud dalam menentukan penilaian yang lebih menepati hak perawi-perawi bagi hadith yang dimuatkan di dalam kitab Mastika Hadith Jilid 3. Kajian ini dibuat dengan menggunakan kaedah kualitatif melibatkan kajian dokumen. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang kelihatan bercanggah pada penilaian pengkritik hadith ke atas kredibiliti perawi pada sebahagian hadith yang dimuatkan di dalam kitab Mastika Hadith Jilid 3. Meskipun begitu, terdapat garis panduan yang digariskan para ilmuan dalam menyelesaikan perbezaan ini. Garis panduan ini dapat memberi manfaat kepada kajian-kajian berkenaan takhrīj al-hadith khususnya ketika berhadapan dengan perbezaan penilaian dalam kalangan pengkritik hadith.

Item Type:Article
Keywords:al-Jarḥ wa al-Taᶜdīl; Perawi; Hadith; Mastika Hadith
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:13565
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Oct 2019 08:10
Last Modified:25 Oct 2019 23:39

Repository Staff Only: item control page