Kajian takhrij hadith pascasiswazah di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia

Jamielatun Nur Raihan Jamani, and Fadlan Mohd Othman, (2017) Kajian takhrij hadith pascasiswazah di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 2 (2). pp. 1-11. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
524kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Sepanjang tempoh penubuhan UKM, banyak penyelidikan telah dihasilkan meliputi pelbagai bidang kajian. Begitu juga kajian dalam bidang hadith khususnya takhrij hadith. Takhrij Hadith dikenali sebagai ilmu untuk mengesahkan kesahihan sesebuah hadith. Kajian tinjauan dilakukan terhadap kajian takhrij hadith pascasiswazah Fakulti Pengajian Islam, UKM meliputi disertasi Sarjana dan tesis Doktor Falsafah. Fokus penulisan ini adalah mengkaji setiap kajian takhrij hadith dari tiga aspek iaitu jenis kajian takhrij hadith, bidang kajian serta fokus perbincangan kajian takhrij hadith. Kajian menggunakan metodologi kualitatif iaitu analisis dokumen. Pada tahun 2000 hingga 2015, sebanyak 45 penyelidikan takhrij hadith telah dihasilkan. Tinjauan yang dilakukan menunjukkan wujud sumbangan baru dalam kajian takhrij hadith sebagai usaha ke arah pemantapan dan pemurnian hadith-hadith Nabi s.a.w. Di samping itu, dapat melihat sejauhmana perkembangan ilmu takhrij hadith dalam aspek penyelidikan di peringkat Ijazah Tinggi.

Item Type:Article
Keywords:Takhrij hadith; Hadith; Tafsir; Akidah; Fikah
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:13568
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Oct 2019 06:18
Last Modified:25 Oct 2019 23:58

Repository Staff Only: item control page