Kaedah tafsiran al-Quran Halo-N di dalam buku al-Fathun Nawa

Noor Hanisah Abdul Halim, and Wan Nasyrudin Wan Abdullah, (2017) Kaedah tafsiran al-Quran Halo-N di dalam buku al-Fathun Nawa. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 2 (2). pp. 12-24. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
661kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Buku tafsir al-Fathun Nawa adalah sebuah karya yang dikarang oleh Halo-N atau nama sebenar beliau ialah Haji Ahmad Laksamana Bin Haji Omar. Buku al-Fathun Nawa ini merupakan sebuah buku kajian al-Quran yang mengandungi pentafsiran yang mengaitkannya dari sudut konteks ilmu duniawi dan ukhrawi. Namun, didapati pengarang menggunakan kaedah yang berbeza daripada kaedah ulama-ulama tafsir sebelum ini. Menurut Halo-N, ia adalah suatu kelainan yang ingin dibawa bersesuaian dengan sifat al-Quran sebagai sebagai ibu pencetus ilmu di semua bidang meliputi ilmu duniawi dan ukhrawi. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan buku tafsir al-Fathun Nawa dan mengkaji metode pentafsiran yang diaplikasikan dalam perbahasan buku ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Analisis dokumen dan temubual bersama tokoh digunakan sebagai kaedah pengumpulan data. Kemudian, data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan teknik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan tafsir atau penghuraian ayat-ayat al-Quran yang diaplikasikan oleh Halo-N menggunakan kaedah tersendiri dan tidak menepati kaedah tafsir yang diaplikasikan dalam konteks tafsir bi al-ma’thur atau tafsir bi al-ra’yi dan tanpa berpandukan pada mana-mana rujukan jumhur ulama terutama dalam bidang tafsir. Implikasi kajian menunjukkan bahawa buku al-Fathun Nawa ini tidak sesuai dijadikan rujukan bagi masyarakat dalam memahami al-Quran dan seharusnya mencari rujukan yang lebih berautoriti yang telah disepakati kesahihannya bagi mengelakkan salah faham dan penyelewengan

Item Type:Article
Keywords:Buku al-Fathun Nawa; Halo-N; Tafsir bi al-ma’thur; Tafsir bi al-ra’yi; Penyelewengan
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:13569
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Oct 2019 06:22
Last Modified:25 Oct 2019 23:59

Repository Staff Only: item control page