Penyelesaian mukhtalaf al-hadith melalui metode al-jam’u dalam karya Aslu Sifat Solat Nabi s.a.w oleh Nasiruddin al-Albani

Mohamad Khalid Bahrudin, and Mohd Arif Nazri, (2017) Penyelesaian mukhtalaf al-hadith melalui metode al-jam’u dalam karya Aslu Sifat Solat Nabi s.a.w oleh Nasiruddin al-Albani. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 2 (2). pp. 38-48. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
616kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Kontradiksi makna antara dua atau lebih hadith merupakan salah satu cabang perbahasan dalam ilmu dirayah hadith. Ahli ilmu menamakan disiplin ilmu ini sebagai ilmu mukhtalaf al-hadith dengan menyusun empat metode utama penyelesaiannya. Metode tersebut adalah al-jam’u (penggabungjalinan), nasakh wa mansukh/pembatalan, tarjih/memperkuatkan salah satu, dan tawaqquf/mendiamkan. Analisa akan memfokuskan kepada metode al-jam’u kerana ia merupakan metode paling kerap dilalui ahli ilmu dan kerana penggunaannya menjadikan hadith-hadith yang mukhtalif dapat diamalkan tanpa digugurkan salah satu darinya berbanding jika menggunakan metode-metode lain. Al-Jam’u bermaksud menghimpun dan mengguna pakai kedua-dua hadith sahih yang bercanggah dengan memberikan kefahaman yang sebenar terhadap kedua-duanya sehingga terangkat percanggahan tersebut. Manakala, karya Aslu Sifat Solat Nabi s.a.w oleh Nasiruddin al-Albani dipilih sebagai dokumen kajian kerana perbahasannya yang begitu fokus dan mendalam terhadap masalah sifat solat Nabi s.a.w, ditambah lagi dengan faedah-faedah ulum hadith dan fiqh yang terkandung di dalamnya yang mampu memberi impak besar kepada pembaca. Hasil dapatan kajian mendapati al-Albani menempuhi manhaj jumhur pada mendahulukan metode al-jam’u berbanding metode-metode lainnya dengan mengaplikasikan empat pendekatan utama iaitu kontekstual, korelatif, ta’wil dan usul al-fiqh. Analisa kajian akan menunjukkan aplikasi metode al-jam’u secara lebih terperinci lagi.

Item Type:Article
Keywords:Mukhtalaf al-hadith; al-jam’u; Sifat solat Nabi s.a.w; Aplikasi; Metode; al-Albani
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:13572
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Oct 2019 06:34
Last Modified:26 Oct 2019 00:05

Repository Staff Only: item control page