Peranan tulisan Jawi dalam penulisan hadith di Nusantara

Siti Zahidah Kosran, and Latifah Abdul Majid, and Ahamad Asmadi Sakat, (2017) Peranan tulisan Jawi dalam penulisan hadith di Nusantara. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 2 (2). pp. 49-53. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
363kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Hadith terus berkembang hingga ke Nusantara. Namun ia telah melalui suatu proses perkembangan yang panjang. Kedatangan hadith bermula seiring dengan kemasukan Islam untuk menggantikan kepercayaan Hindu-Buddha. Manakala, tulisan Jawi mula diperkenalkan untuk menggantikan tulisan Jawa Kuno dan Palava. Tulisan ini semakin tersebar penggunaannya sehingga muncul kitab-kitab Jawi. Oleh itu, kajian ini mempunyai signifikan yang tinggi. Pertama, untuk mengenal pasti sejauh mana tulisan Jawi memberi kesan terhadap aktiviti penulisan hadith. Kedua, mengetengahkan karya-karya terjemahan hadith dalam tulisan Jawi yang dihasilkan oleh para ulama Nusantara. Kaedah analisis kandungan terhadap beberapa dokumen yang berkaitan telah digunakan bagi mendapatkan data dan dianalisis secara persejarahan. Kajian mendapati tulisan Jawi dalam aktiviti penulisan hadith di Nusantara adalah sebagai bahasa ilmu dan alat terjemahan hadith-hadith. Tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam penghasilan kitab-kitab terjemahan Bahasa Arab ke Bahasa Melayu. Ia memudahkan masyarakat yang tidak memahami Bahasa Arab untuk memahami ajaran agama melalui pembacaan.

Item Type:Article
Keywords:Nusantara; Tulisan jawi; Bahasa ilmu; Terjemahan; Penulisan hadith
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:13573
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Oct 2019 06:39
Last Modified:26 Oct 2019 00:07

Repository Staff Only: item control page