Perkembangan awal pengaruh Shaykh al-Albani terhadap masyarakat Syria

Lukman Hakim Nurdin, and Najah Nadiah Amran, and Mohd Arif Nazri, (2017) Perkembangan awal pengaruh Shaykh al-Albani terhadap masyarakat Syria. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 2 (2). pp. 60-66. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
371kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan membincangkan pengenalan ringkas pengaruh Shaykh Muhammad Nasir al-Din al-Albani di Syria. Negara pertama beliau diami setelah berhijrah dari Albania, tanah kelahiran beliau. Di sinilah jati diri beliau sebagai pakar dalam bidang hadith kurun ke-20 terbentuk dan beliau dikenali sebagai salah seorang tonggak aliran salafi. Kertas kerja ini mengkaji proses pembentukan pengaruh beliau dalam kalangan masyarakat Syria pelbagai lapisan masyarakat dan juga inti pati yang diterapkan dalam dakwah beliau. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah secara kualitatif iaitu kajian kepustakaan dengan metode menganalisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajian hadith yang diceburi dan ditekuni selama bertahun-tahun serta pegangan beliau dengan Manhaj Salaf telah membentuk beliau menjadi seorang tokoh hadith dan tonggak pemikiran salafi yang disegani oleh kawan dan lawan. Selain itu, didapati bahawa metode dialog beliau dengan individu dan kumpulan yang tidak sealiran telah melonjakkan nama beliau sebagai seorang ilmuan yang mempunyai pengaruh yang besar dan mencipta fenomena baharu di Syria.

Item Type:Article
Keywords:Pengaruh al-Albani; Tokoh hadith abad 20; Tokoh salafi; Tokoh hadith Syria; Muhaddith aliran salafi
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:13575
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Oct 2019 06:55
Last Modified:26 Oct 2019 00:10

Repository Staff Only: item control page