Sumbangan tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Ibn ‘Ashur dan relasinya dengan Tafsir al-Mishbah M. Quraysh Shihab

Nur, Afrizal and Lubis, Mukhlis and Hamdi Ishak, (2017) Sumbangan tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Ibn ‘Ashur dan relasinya dengan Tafsir al-Mishbah M. Quraysh Shihab. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 2 (2). pp. 67-79. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
632kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir merupakan salah satu karya terbaik Ibnu ‘Ashur yang mempunyai pengaruh signifikan dalam sejarah perkembangan tafsir. Ulama yang berasal dari Tunisia ini memperkaya khazanah keilmuan Islam dalam tafsirnya melalui pembahasan kajial-kajian Islam kontemporari. Sesuai dengan namanya, al-Tahrir wa al-Tanwir yang bererti pembebasan dan pencerahan, Ibnu ‘Ashur, berharap dengan tafsirnya ini dapat mencerahkan pemikiran umat Islam dan mempunyai pandangan baru yang lebih positif terhadap al-Quran dan Islam, serta bebas dari belenggu kejumudan, taklid buta dan fanatisme negatif. Keistimewaan tafsir ini terlihat dari sudut-sudut pembahasannya yang komprehensif. Salah satunya adalah pembahasan tafsir dari sudut pandang bahasa Arab. Ibnu ‘Ashur mampu menyusun tafsirnya dengan menggunakan kosa kata dan sastera Arab bernilai tinggi dalam sebuah susunan yang mudah difahami oleh para mufassir masa ini. Pengaruh Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir amat besar dalam perkembangan tafsir kontemporari, khususnya memberikan pencerahan pemikiran kepada umat Islam untuk lebih produktif, kreatif dan inovatif.

Item Type:Article
Keywords:Ibnu ‘Ashur; al-Tahrir wa al-Tanwir; Islam kontemporari; Pencerahan; Fanatisme negatif
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:13576
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Oct 2019 07:00
Last Modified:26 Oct 2019 00:12

Repository Staff Only: item control page