Kaseh Abu Bakar, and Muhammad Faiz Abdullah, (2018) Tekanan perkataan Arab sebagai bahasa asing dalam kalangan penutur Melayu. GEMA: Online Journal of Language Studies, 18 (1). pp. 87-105. ISSN 1675-8021
|
PDF
671kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1073
Abstract
Tekanan (al-nabr) adalah sejenis fitur fonologi suprasegmental ataupun prosodik. Ia merupakan ciri atau sifat bunyi yang menindihi sesuatu fonem. Kajian tentang penguasaan tekanan perkataan Arab oleh mereka yang bukan penutur jati masih sedikit. Kajian ini menganalisis tekanan perkataan empat suku kata dalam kalangan bukan penutur jati bahasa Arab, dan seterusnya membandingkannya dengan aturan yang dikemukakan oleh sarjana linguistik bahasa Arab. Peserta kajian terdiri daripada lima orang pelajar tahun akhir Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebanyak tiga perkataan jenis empat suku kata dari setiap pola perkataan \KVK\KV\KVV\KV\, \KVK\KV\KVK\KVK\, \KVK\KV\KV\KV\, \KVK\KV\KVV\KVK\, \KV\KVV\KV\KVK\ dan \KVK\KV\KV\KVK\ telah dipilih sebagai instrumen kajian. Rakaman audio ini dianalisis menggunakan perisian Praat, bagi memperolehi bacaan nilai intensiti (dB) untuk mengenal pasti tekanan. Data kekerapan tekanan sesuatu suku kata untuk setiap pola perkataan yang dikaji dilaporkan dalam bentuk peratusan. Hasil kajian mendapati peserta kajian cenderung memperlihatkan tekanan utama pada suku kata kedua pada pola perkataan \KV\KVV\KV\KVK\, \KVK\KV\KV\KVK\ dan \KVK\KV\KV\KV\, manakala pada suku kata ketiga pada pola perkataan \KVK\KV\KVK\KVK\. Walau bagaimanapun kecenderungan kedudukan tekanan utama bagi pola perkataan \KV\KVV\KV\KVK\ dan \KVK\KV\KVV\KV\ sukar untuk dikenal pasti. Berdasarkan analisis tekanan utama yang diperolehi, peserta kajian didapati dapat menguasai aturan tekanan utama yang dikemukakan oleh sarjana linguistik bahasa Arab dengan mudah pada pola perkataan \KV\KVV\KV\KVK\, \KVK\KV\KV\KVK\, \KVK\KV\KV\KV\ dan \KVK\KV\KVK\KVK\, namun sukar untuk menguasai tekanan utama pada baki dua lagi pola perkataan. Justeru, tumpuan terhadap aspek tekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab perlu lebih dititik beratkan dan penyelidikan berkaitannya juga perlu diperluaskan dengan melibatkan bilangan peserta yang lebih besar agar gambaran yang lebih jelas dapat diperolehi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bahasa Arab; Fonetik; Fonologi; Tekanan perkataan; Penguasaan bahasa |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 13583 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 24 Oct 2019 01:42 |
Last Modified: | 26 Oct 2019 22:42 |
Repository Staff Only: item control page