Persekitaran kanak-kanak dalam novel Beruk

Rohayati Junaidi, and Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, and Madiawati Mamat @ Mustaffa, (2018) Persekitaran kanak-kanak dalam novel Beruk. GEMA: Online Journal of Language Studies, 18 (1). pp. 106-121. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
238kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1073

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis persekitaran dalam novel Beruk (2010) karya Azizi Abdullah yang melingkungi kehidupan kanak-kanak dalam mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Masalah yang melibatkan kanak-kanak semakin berleluasa dan sering terpampang di dada akhbar. Novel kanak-kanak merupakan salah satu medium dalam melihat persekitaran yang membantu perkembangan psikologi kanak-kanak. Justeru, persekitaran yang sihat dapat membentuk kanak-kanak yang seimbang dalam perkembangan rohani dan jasmani. Oleh itu, aspek persekitaran perlu dititikberatkan dalam novel kanak-kanak supaya memberi panduan bukan sahaja kepada penulis novel tetapi juga masyarakat. Dalam konteks karya sastera, persekitaran yang melingkungi kehidupan kanak-kanak dimanifestasikan melalui individu yang melingkungi kehidupan kanak-kanak. Analisis ini memperlihatkan persekitaran yang melingkungi watak utama dalam novel kajian. Kajian ini mengaplikasikan salah satu prinsip dalam Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979), iaitu sistem mikrosistem bagi menganalisis teks. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan dan analisis teks. Dapatan kajian menunjukkan persekitaran yang melingkungi kehidupan kanakkanak mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Persekitaran yang sihat dapat melahirkan kanak-kanak yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Situasi ini sekali gus memanifestasikan kepentingan persekitaran yang sihat dalam kehidupan kanak-kanak. Ibu bapa, rakan, guru dan jiran merupakan persekitaran penting dalam mempengaruhi watak kanak-kanak. Kesimpulannya, persekitaran dalam novel kanak-kanak dengan menggunakan mikrosistem dalam teori ekologi Bronfenbrenner (1979) dapat menjelaskan pengaruh persekitaran terhadap kanak-kanak dalam novel Beruk.

Item Type:Article
Keywords:Novel Beruk; Azizi Haji Abdullah; Teori Ekologi Bronfenbrenner; Sastera kanak-kanak; Persekitaran kanak-kanak
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:13584
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Oct 2019 01:48
Last Modified:26 Oct 2019 22:43

Repository Staff Only: item control page