Mohd Helmi Yusoh, and Jamaluddin Aziz, (2018) Pemerkasaan watak wanita dalam filem berunsurkan Islam: kajian kes “Ketika Cinta Bertasbih". GEMA: Online Journal of Language Studies, 18 (1). pp. 140-160. ISSN 1675-8021
|
PDF
13MB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1073
Abstract
Kajian ini memfokus kepada isu representasi wanita dalam filem berunsurkan Islam. Isu penindasan watak wanita oleh ideologi patriarki dalam filem sering diperdebatkan oleh para sarjana dalam pelbagai genre filem. Justeru, kajian ini melihat representasi watak wanita dalam genre filem berunsurkan Islam bagi mengetahui representasi watak wanita dalam filem berunsurkan Islam. Bagi mendapatkan data kajian, sebuah filem dari Indonesia arahan Hanung Bramantyo iaitu Ketika Cinta Bertasbih (2009) telah dipilih secara kaedah persampelan bertujuan dan dianalisis melalui pendekatan analisis tekstual secara mendalam. Analisis watak wanita yang terpilih dilakukan dengan menggunakan kerangka kritikan feminisme berserta teori Ilmu Sosial Profetik melalui teknik sinematik seperti syot kamera, pergerakan kamera dan dialog. Teori Ilmu Sosial Profetik ini diasaskan melalui kitab Al Quran, ayat 110 dalam surah Ali ‘Imran dan ia memiliki dua konsep perlakuan iaitu Humanisasi dan Liberasi serta satu konsep matlamat iaitu Transendensi. Penulis ingin bahaskan di sini bahawa dalam Ketika Cinta Bertasbih, terdapat watak-watak wanita yang melalui proses pemerkasaan selepas berlakunya penindasan terhadap mereka dan proses pemerkasaan watak wanita ini pula boleh difahami dalam dua bentuk iaitu pemerkasaan berkonsepkan Islam dan juga proses pemerkasaan feminisme. Dapatan ini mampu memberi nilai tambah terhadap kefahaman mengenai genre berunsurkan Islam, iaitu melalui pemaparan watak wanita. Analisis gabungan teori ini juga memberikan dimensi baharu dalam kaedah menganalisis filem berunsurkan Islam.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Representasi wanita; Filem berunsurkan Islam; Teori ilmu sosial profetik; Genre; Patriarki |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 13586 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 24 Oct 2019 03:02 |
Last Modified: | 26 Oct 2019 22:47 |
Repository Staff Only: item control page