Kesantunan berbahasa kaunselor pelatih dalam sesi kaunseling

Wan Robiah Hj. Meor Osman, and Hamidah Abdul Wahab, (2018) Kesantunan berbahasa kaunselor pelatih dalam sesi kaunseling. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 18 (1). pp. 252-269. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
237kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1073

Abstract

Kesantunan berbahasa, secara amnya merupakan penggunaan bahasa sopan yang digunakan secara lisan dalam sesuatu komunikasi. Kesantunan berbahasa penting dalam interaksi antara individu bagi mewujudkan hubungan dan persepsi yang baik. Kesantunan berbahasa juga sering kali dikaitkan dengan budaya sesebuah masyarakat. Dalam sesi kaunseling matlamat utama ialah membimbing klien menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Oleh hal yang demikian, kesantunan berbahasa dalam sesi kaunseling penting dalam mewujudkan hubungan yang baik dan selesa antara kaunselor atau kaunselor pelatih dengan kliennya. Kajian ini menyelidiki aspek kesantunan berbahasa yang wujud dalam perbualan antara kaunselor pelatih dan kliennya dengan mengaplikasi prinsip kesopanan yang dikemukakan oleh Leech (1983). Kajian ini memanfaatkan data daripada 30 orang kaunselor pelatih program kaunseling UNIMAS dengan merakam dan mentranskripsi perbualan kaunselor pelatih dengan kliennya. Hasil kajian menunjukkan wujud penggunaan keenam-enam maksim yang dikemukakan oleh Leech (1983), iaitu maksim santun, murah hati, sokongan, kerendahan hati, persetujuan, dan simpati. Kewujudan penggunaan keenam-enam maksim dalam sesi kaunseling yang telah dijalankan oleh kaunselor pelatih UNIMAS ini memperlihatkan bahawa penggunaan bahasa santun merupakan strategi berbahasa yang penting dalam mewujudkan suasana yang selesa antara kaunselor pelatih dan kliennya, yang memberikan kesan terhadap kelancaran dan kejayaan sesuatu sesi kaunseling. Oleh sebab itu, penggunaan bahasa santun dalam sesi kaunseling merupakan salah satu strategi berbahasa yang perlu diberikan perhatian khusus oleh para kaunselor atau kaunselor pelatih dalam memastikan matlamat membimbing klien menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dapat ditangani dengan baik dan berkesan.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa santun; Kaunseling; Kaunselor pelatih; Strategi berbahasa; Budaya
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:13592
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Oct 2019 04:13
Last Modified:26 Oct 2019 22:52

Repository Staff Only: item control page