Aminudin Basir@Ahmad, and Jamsari Alias, (2015) Konsep Pendidikan Citra Universiti: satu pengenalan. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 16 . pp. 60-72. ISSN 1511-8393
|
PDF
283kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1118
Abstract
Konsep pendidikan seharusnya bersifat dinamik dan tidak jumud. Perubahan perlu dilakukan samada dari sudut kurikulum sesuatu kursus mahupun metod pengajaran dan pembelajaran sekiranya terdapat tuntutan dan keperluan. Dalam konteks masa kini, kemajuan dunia global disifatkan sebagai fasa Revolusi Industri 4.0 dimana ia dipacu oleh teknologi automasi serta pelbagai ciptaan baru yang benar-benar mencabar keupayaan modal insan. Persekitaran ini memberi impak terhadap modal insan terutama dari sudut penguasaan ilmu, maklumat dan pelbagai kemahiran terutamanya yang melibatkan Pusat Pengajian Tinggi atau Universiti Awam. Beberapa kajian telah membuktikan pada masa kini terdapat isu ketidakbolehpasaran graduan akibat kelemahan penguasaan beberapa kemahiran seperti komunikasi, kepimpinan, inovasi, kreativiti serta adab yang berpunca dari aspek konsep pendidikan yang kurang mengambil kira perubahan tuntutan masa kini. Menyedari hakikat ini Universiti Kebangsaan Malaysia menerusi Pusat Citra Universti telah mengorak langkah memacu perubahan dengan memperkenalkan konsep pendidikan Citra Universiti. Konsep pendidikan Citra ini dibentuk berasaskan penyelidikan keperluan, perbincanagan dengan pelbagai pihak, penelitian terhadap beberapa komponen pembelajaran dan juga menganalisis perlaksanaan model pendidikan liberal di beberapa buah universiti luar negara. Dengan demikian terhasillah konsep Pedidikan Citra Universiti yang terdiri dari Enam Citra Utama iaitu Citra 1 Etika, Kenegaraan dan Ketamadunan, Citra 2 Bahasa, Komunikasi dan Literasi, Citra 3 Penaakulan, Kuantitatif dan Kualitatif, Citra 4 Kepimpinan, Keusahawanan dan Inovasi, Citra 5 Sains, Teknologi dan Kelestarian, Citra 6 Kekeluargaan Kesihatan dan Gaya Hidup. Keenam-enam Citra ini menawarkan pelbagai kursus bagi membekalkan para pelajar dengan ilmu, maklumat dan pelbagai kemahiran yang diperlukan dengan berasaskan konsep bebas memilih, mengikut minat dan bakat pelajar itu sendiri tanpa sebarang paksaan serta bersesuaian dengan kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pendidikan; Citra Enam; Universiti |
Journal: | MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara |
ID Code: | 13605 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 30 Oct 2019 03:57 |
Last Modified: | 31 Oct 2019 11:14 |
Repository Staff Only: item control page