Faktor pengetahuan tentang kenajisan babi dan pola interaksi muallaf dengan keluarga bukan Islam di Pantai Barat Sabah

Hasnan Kasan, and Sarip Adul, and Amir Husin Mohd Nor, (2016) Faktor pengetahuan tentang kenajisan babi dan pola interaksi muallaf dengan keluarga bukan Islam di Pantai Barat Sabah. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 17 . pp. 19-28. ISSN 1511-8393

[img]
Preview
PDF
309kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1119

Abstract

Kajian ini secara khusus membahas mengenai satu isu fiqh iaitu pengetahuan tentang staus kenajisan babi dan hubungannya dengan interaksi harian Muallaf dengan keluarga asal bukan Islam di Sabah. Pengetahuan tentang fiqih akan mempengaruhi sikap sehingga amalannya benar. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan secara terperinci tentang hukum babi serta mengenal pasti tahap pengetahuan mualaf dan pola interaksi dengan ahli keluarga bukan Islam. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif. Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data. Data dianalisis secara deskriftif dan inferensi dengan menggunakan ujian-ujian statistik parametrik iaitu ujian-t dan ujian korelasi Pearson menggunakan program SPSS. Kajian ini mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan faktor pengetahuan Muallaf tentang status kenajisan babi mengikut jantina. Manakala terdapat hubungan yang signifikan antara faktor pengetahuan Muallaf tentang status kenajisan babi dengan pola interaksi kepada ahli keluarga bukan Islam.

Item Type:Article
Keywords:Muallaf; Pengetahuan; Pola interaksi
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:13608
Deposited By: ms aida -
Deposited On:30 Oct 2019 06:37
Last Modified:31 Oct 2019 11:16

Repository Staff Only: item control page