Konsep cinta Muslim, personaliti dan akhlak percintaan dalam kalangan belia Muslim

Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, and Hanisah Osman, and Fazilah Idris, (2016) Konsep cinta Muslim, personaliti dan akhlak percintaan dalam kalangan belia Muslim. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 17 . pp. 29-52. ISSN 1511-8393

[img]
Preview
PDF
415kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1119

Abstract

Berpunca daripada penyelewengan dan ketidakfahaman terhadap erti percintaan sebenar, masalah pembuangan bayi dan gejala sosial kian bertambah. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk meninjau hubungan personaliti dan akhlak percintaan di dalam kalangan belia Muslim. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan di antara Konsep Cinta Muslim, Personaliti dan Akhlak Percintaan dalam kalangan belia Muslim. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan kaedah soal selidik yang telah diuji rintis dan digunapakai semula. Kajian utama menggunakan persampelan secara rawak mudah yang melibatkan 497 orang pelajar di SMK, SMKA dan Tahfiz yang berumur 16 hingga 20 tahun di negeri Selangor. Berdasarkan ujian ANOVA yang telah dijalankan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor min yang signifikan (P=-0.122; P=-0.188, p<0.05) dalam kefahaman konsep cinta dalam Islam serta terdapat perbezaan skor min yang signifikan pada trait personaliti dengan (P=0.001, p<0.05) domain Opennes, (P=0.002, p<0.05) domain Agreeableness, dan (P=0.031, p<0.05) domain Conscientiousness. Terdapat juga perbezaan skor min yang signifikan (P=0.000, p<0.05) akhlak percintaan berdasarkan kategori sekolah yang berbeza. Analisis korelasi menunjukkan wujud hubungan tinggi, sederhana dan lemah di antara dimensi-dimensi konsep cinta dalam Islam dengan domain personaliti, Neuroticism, Extraversion, Openness, Agreeableness dan Conscientiousness (-0.08--0.19), (0.12-0.21), (0.14-0.29), (0.8-0.16) dan (0.31-0.49), serta wujud hubungan signifikan yang tinggi, sederhana dan lemah di antara dimensi-dimensi konsep cinta dalam Islam terhadap sikap akhlak percintaan dan praktis akhlak percintaan dengan julat (0.17-0.32) dan (-0.07-0.28). Hasil kajian ini menunjukkan bahawa domain Conscientiousness dalam personaliti seseorang itu penting di dalam pembentukan akhlak percintaan yang sebenar. Ini kerana akhlak percintaan yang sempurna perlu kepada sifat pengawalan nafsu sebagai benteng daripada perkara-perkara maksiat.

Item Type:Article
Keywords:Cinta; Muslim; Belia; Personaliti; Akhlak percintaan; Sekolah
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:13609
Deposited By: ms aida -
Deposited On:30 Oct 2019 06:49
Last Modified:31 Oct 2019 11:17

Repository Staff Only: item control page