Kekangan peruntukan waktu mata pelajaran kurikulum Diniah di Sekolah-sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Kelantan dalam memenuhi Kurikulum Kebangsaan

Azizi Umar, and Noor Hisham Md Nawi, (2016) Kekangan peruntukan waktu mata pelajaran kurikulum Diniah di Sekolah-sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Kelantan dalam memenuhi Kurikulum Kebangsaan. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 17 . pp. 53-67. ISSN 1511-8393

[img]
Preview
PDF
336kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1119

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk membincangkan kekangan peruntukan waktu pengajaran kurikulum Diniah di Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) yang telah didaftarkan sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Kekangan tersebut mempunyai kaitan dengan kekaburan kuasa yang ada pada Kerajaan Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah tanggungjawab hal ehwal Islam. Kementerian Pelajaran sebagai organisasi utama yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pendidikan tidak mempunyai kemampuan dari sudut autoriti untuk memastikan Kurikulum Diniah sebahagian daripada dalam peranannya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perjalanan pengajaran kurikulum tersebut diuruskan oleh pihak berkuasa agama negeri dan pihak sekolah. Keadaan ini turut memberi kesan kepada autoriti struktur pentadbiran organisasi di peringkat sekolah di sebahagian negeri. Kesannya, perjalanan Kurikulum Diniah berdepan dengan cabaran pengabaian dari sudut tempoh masa dan peratusan nisbah kandungannya berbanding dengan perjalanan sebelum ia memasuki sistem pendidikan kebangsaan.

Item Type:Article
Keywords:Kurikulum Diniah; Sekolah Agama Bantuan Kerajaan; Kurikulum Kebangsaan
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:13610
Deposited By: ms aida -
Deposited On:30 Oct 2019 07:02
Last Modified:31 Oct 2019 11:18

Repository Staff Only: item control page