Kesan penambahan kepingan nanozarah grafin terhadap sifat mekanik dan terma hibrid komposit serabut Sansevieria-getah asli-polietilena berketumpatan tinggi

Nurzam Ezdiani Zakaria, and Ishak Ahmad, and Wan Nazri Wan Busu, and Khairunnizah Hazila Khalid, and Azizah Baharum, (2019) Kesan penambahan kepingan nanozarah grafin terhadap sifat mekanik dan terma hibrid komposit serabut Sansevieria-getah asli-polietilena berketumpatan tinggi. Sains Malaysiana, 48 (5). pp. 1121-1128. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil5_2...

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan penghibridan kepingan nanozarah grafin (GNP) ke atas sifat mekanik, morfologi dan terma komposit Sansevieria trifasciata-getah asli-polietilena ketumpatan tinggi (STF-NR-HDPE). Pemprosesan penghibridan komposit STF-NR-HDPE dan GNP dilakukan dengan menggunakan mesin pengadun dalaman. Tahap pengisian sebanyak 20% bt. STF ke atas matriks (NR/HDPE) telah dilakukan dalam kajian ini dengan variasi GNP yang digunakan adalah antara 1-10% bt. Adunan komposit yang terhasil ditekan dengan mesin penekan panas untuk mendapatkan sampel ujian berketebalan 1 mm dan 3 mm. Sampel dinilai melalui ujian tegangan, ujian hentaman Izod, pembelauan sinar-X (XRD) dan kalorimetri pengimbasan berbeza (DSC). Kajian morfologi pula dijalankan dengan menggunakan mikroskop elektron pengimbas pelepasan medan (FESEM). Keputusan menunjukkan bahawa nilai kekuatan regangan dan kekuatan hentaman komposit menunjukkan sedikit penurunan bacaan pada permulaan penambahan amaun GNP tetapi bacaan kebanyakan komposisi kemudiannya menunjukkan peningkatan selepas 5% bt. tahap pengisian dan ke atas. Modulus tegangan pula secara umumnya menunjukkan peningkatan bacaan dengan penambahan pengisi. Analisis terma dengan menggunakan alat DSC tidak menunjukkan perubahan aliran graf yang ketara terhadap kelakuan terma bahan. Ini kerana STF adalah bahan yang mempunyai kestabilan terma yang baik.

Item Type:Article
Keywords:Kepingan nanozarah grafin; Komposit hibrid; Serabut semula jadi; Sifat mekanik
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:13634
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Nov 2019 07:43
Last Modified:10 Nov 2019 03:16

Repository Staff Only: item control page