Nurul Aida Mohamed, and Javad Safaei, and Aznan Fazli Ismail, and Mohamad Firdaus Mohamad Noh, and Mohd Fairuz Soh, and Mohd Adib Ibrahim, and Norasikin Ahmad Ludin, and Mohd Asri Mat Teridi, (2019) Peningkatan kecekapan pemisahan air menggunakan g-C3N4 yang disinar gama. Sains Malaysiana, 48 (5). pp. 1129-1135. ISSN 0126-6039
|
PDF
2MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil5_2...
Abstract
Dalam kajian ini, kesan sinar gama ke atas bahan semikonduktor g-C3N4 kGy (0.1 kGy dan 0.5) dibincangkan dan dibandingkan dengan sampel yang tidak disinar untuk melihat perbezaanya. Bahan g-C3N4 disintesis dari urea melalui proses pempolimeran haba pada suhu 520°C. Struktur dan morfologi g-C3N4 dianalisis dengan menggunakan pembelauan Sinar- X (XRD), spektroskopi transformasi Fourier inframerah (FT-IR), mikroskop pengimbas elektron pancaran medan dengan spektroskopi tenaga sinar-X (FESEM-EDX), spektroskopi cahaya nampak - ultraungu (UV-Vis) dan ketumpatan arus (LSV). Sinar gama telah mengubah struktur ikatan g-C3N4 dan mengurangkan sela jalur iaitu daripada 2.80 eV kepada 2.72 eV. Di samping itu, sampel g-C3N4 yang disinar pada 0.1 kGy menghasilkan prestasi lima kali ganda lebih tinggi iaitu daripada 3.59 μAcm-2 kepada 14.2 μAcm-2 pada 1.23 V lawan Ag/AgCl dalam larutan elektrolit 0.5 M Na2SO4 (pH7). Kesimpulannya, keputusan kajian menunjukkan bahan semikonduktor yang dirawat dengan sinar gama berpotensi untuk meningkatkan fotoelektrokimia (PEC) pemisahan air.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | g-C3N4; Pemisahan air; Sela jalur tenaga; Sinar gama |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 13635 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Nov 2019 07:51 |
Last Modified: | 10 Nov 2019 03:13 |
Repository Staff Only: item control page