Pembelajaran timbal balik bahasa Melayu dalam kalangan murid peribumi Bidayuh di Sarawak

Celinea Lasan, and Zamri Mahamod, (2018) Pembelajaran timbal balik bahasa Melayu dalam kalangan murid peribumi Bidayuh di Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43 (2). pp. 1-15. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
395kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1124

Abstract

Kajian ini membincangkan amalan pembelajaran timbal balik Bahasa Melayu yang mempengaruhi corak pembelajaran dalam kalangan murid peribumi Bidayuh di Sarawak. Pendidikan murid peribumi diberi perhatian dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025 bagi memberi peluang kepada murid orang asli dan kumpulan minoriti peribumi di Sarawak dan Sabah untuk menikmati peluang yang sama seperti murid lain bagi menjamin keberhasilan akses pendidikan berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Permasalahan dalam pembelajaran murid peribumi berkait rapat dengan kelemahan murid menguasai Bahasa Melayu sehingga menjejaskan potensi murid dalam akademik. Objektif kajian ini memberi fokus terhadap pendidikan Bahasa Melayu di sekolah rendah khususnya untuk meneroka dan menyelidiki amalan pembelajaran timbal balik dalam kalangan murid peribumi Bidayuh sekolah rendah di Sarawak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif yang dilaksanakan secara kajian kes dengan melibatkan pengumpulan data melalui teknik temu bual, pemerhatian dan analisis kandungan dokumen. Hasil kajian menunjukkan murid peribumi Bidayuh memperoleh pengetahuan baharu dalam proses pembelajaran melalui interaksi sosial, pengukuhan pengalaman, penerapan nilai-nilai budaya, bahasa dan kepercayaan dalam pembelajaran berkumpulan, serta pencapaian matlamat melalui pembelajaran. Kajian ini memberi implikasi terhadap teori-teori pembelajaran dan pendidikan bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah. Selain itu, kajian ini membantu guru-guru Bahasa Melayu dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran terutamanya apabila berhadapan dengan kumpulan murid peribumi dalam masyarakat di Malaysia. Ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam amalan pembelajaran suku kaum peribumi perlu diketengahkan dengan mempamerkan amalan berkongsi tradisi, saling menghormati dan menghargai dalam mengadaptasi ilmu pengetahuan.

Item Type:Article
Keywords:Pembelajaran timbal balik; Bahasa Melayu sekolah rendah; Murid peribumi Bidayuh
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:13638
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Nov 2019 01:22
Last Modified:19 Nov 2019 21:14

Repository Staff Only: item control page