Noor Lela Ahmad, and Nor Atikah Majid, (2018) Program praktikum sebagai medium pengukuhan kemahiran insaniah dalam kalangan guru pelatih. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43 (2). pp. 17-27. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
|
PDF
351kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1124
Abstract
Kemahiran insaniah merupakan komponen yang memberi impak yang signifikan kepada pembangunan profesional guru. Kajian ini bertujuan mengkaji tahap kemahiran insaniah menerusi program praktikum dalam kalangan guru pelatih sebuah universiti awam di Malaysia. Komponen kemahiran insaniah yang dikaji adalah kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis, kemahiran kerja berpasukan serta kemahiran teknologi maklumat. Kajian ini melibatkan 111 orang guru pelatih dari Fakulti Pendidikan sebuah universiti awam yang meliputi empat program berbeza sebagai responden kajian. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang terdiri daripada 50 item dan berskala Likert lima mata bagi mendapatkan maklumat. Hasil analisis menunjukkan tahap penguasaan keempat-empat komponen kemahiran insaniah berada pada tahap yang tinggi dimana kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi responden berada pada tahap yang tinggi. Walau bagaimanapun, kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis dan kemahiran berkomunikasi berada pada tahap sederhana tinggi yang menunjukkan guru pelatih memerlukan lebih penerapan untuk menguasai komponen kemahiran ini. Oleh itu, kajian menunjukkan bahawa program latihan praktikum memberi kesan positif kepada pembangunan profesional dan kemahiran insaniah guru pelatih sebagai seorang pendidik.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Praktikum; Kemahiran insaniah; Guru pelatih; Universiti |
Journal: | Jurnal Pendidikan Malaysia |
ID Code: | 13639 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 15 Nov 2019 01:29 |
Last Modified: | 19 Nov 2019 21:16 |
Repository Staff Only: item control page