Aplikasi Pedagogi Hikmah bagi pengajaran bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris abad ke-21

Rosnani Hashim, and Wan Mazwati Wan Yusoff, and Suhailah Hussien, and Madihah Khalid, and Rosemaliza Kamalludeen, (2018) Aplikasi Pedagogi Hikmah bagi pengajaran bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris abad ke-21. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43 (2). pp. 37-47. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
348kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1124

Abstract

Kemahiran insaniah yang meliputi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), kemahiran kolaboratif dan komunikatif merupakan kemahiran yang penting dalam kehidupan abad ke-21. Dalam konteks Malaysia, bahasa Inggeris adalah penting sebagai bahasa perhubungan, perdagangan antarabangsa dan ilmu, sementara bahasa Malaysia sangat penting sebagai bahasa kebangsaan dan jati diri bangsa. Kajian ini menyelidik sama ada Pedagogi Hikmah (PH) yang mengutamakan metode inkuiri bersama-sama dalam satu komuniti, mampu meningkatkan pencapaian bahasa dan kemahiran kognitif para pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 3 buah kelas Bahasa Malaysia dan 2 buah kelas Bahasa Inggeris yang mewakili sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas di Gombak. Metodologi yang digunakan ialah rekabentuk bercampur. Rekabentuk kuantitatif menggunakan kaedah eksperimen kuasi pra-pasca bagi menentukan keberkesanan intervensi PH dengan menggunakan skor peperiksaan sebagai variabel bebas. Bagi menyelidik kemajuan 5K (kemahiran kognitif berfikir kritis, kreatif dan keprihatinan, dan kemahiran komunikatif dan kolaboratif), senarai semak perlakuan kognitif IAPC telah digunakan. Rekabentuk kualitatif menggunakan Perbincangan Kumpulan Fokus (PKF). Hasil kajian kuantitatif menunjukkan bahawa Pedagogi Hikmah berjaya meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran bahasa dan juga menambahbaik kemahiran 5K. Analisis kualitatif mendapati bahawa pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap Pedagogi Hikmah.

Item Type:Article
Keywords:Pedagogi Hikmah; Komuniti inkuiri; Kemahiran insaniah; Pengajaran bahasa Malaysia; Pengajaran bahasa Inggeris
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:13641
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Nov 2019 01:40
Last Modified:19 Nov 2019 21:19

Repository Staff Only: item control page