Pelaksanaan pendekatan interdisiplin dengan bioteknologi dalam sains tambahan

Kok, Kean Hin and Ruhizan Mohammad Yassin, and Latifah Amin, (2018) Pelaksanaan pendekatan interdisiplin dengan bioteknologi dalam sains tambahan. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43 (2). pp. 49-59. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
341kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1124

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan modul interdisiplin STEM iaitu Malaysian(M)-Bioteknologi-STEM, untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik bioteknologi di sekolah menengah harian. Seramai 139 responden daripada sekolah-sekolah yang menawarkan sains tambahan Tingkatan 4 di sekitar Selangor terlibat dalam kajian ini. Keberkesanan modul terhadap peningkatan pencapaian pelajar diuji dengan reka bentuk kuasi-eksperimental dengan ujian pra dan ujian pasca kumpulan kawalan tidak setara. Hasil dapatan kajian dianalisis secara inferensi dengan ujian ANOVA dua hala. Kajian mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan kumpulan dan jantina terhadap min skor ujian pencapaian selepas intervensi dengan modul M-Biotek-STEM. Namun, dapatan kualitatif menunjukkan bahawa pelaksanaan modul ini dapat meningkatkan minat pelajar dalam topik bioteknologi.

Item Type:Article
Keywords:Interdisiplin; Bioteknologi; Pencapaian; Sains tambahan; STEM
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:13642
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Nov 2019 01:49
Last Modified:19 Nov 2019 21:20

Repository Staff Only: item control page