Ke arah kebolehpasaran graduan: pertalian antara pendekatan pembelajaran dengan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar IPT berteraskan Islam

Sharifah Azizah Syed Sahil, and Haslinawati Hasan, (2018) Ke arah kebolehpasaran graduan: pertalian antara pendekatan pembelajaran dengan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar IPT berteraskan Islam. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43 (2). pp. 81-90. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
379kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1124

Abstract

Kajian yang dijalankan ini bermatlamat untuk menilai sejauh mana kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar di dua buah IPT berteraskan Islam di Malaysia selain melihat sejauh manakah pendekatan pelajaran pelajar menyumbang kepada kemahiran insaniah setelah dikawal faktor gender. Mengambil pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan, kajian telah mengadaptasi instrumen Revised Approaches to Studying Inventory (RASI) (Duff, 1997) untuk mengukur jenis-jenis pendekatan pembelajaran yang diguna oleh pelajar. Kajian juga mengadaptasi instrumen Course Experience Questionnaire (CEQ) (Wilson & Lizzion, 1997) untuk mengukur kemahiran insaniah selain item soalan yang dibina sendiri oleh pengkaji. Seramai 233 orang pelajar jurusan Pengajian Islam pelbagai cabang telah mengambil bahagian di dalam kajian ini. Menggunapakai persampelan bertujuan, responden terdiri daripada pelajar tahun akhir sahaja. Berdasarkan analisis model persamaan berstruktur, data kajian menunjukkan wujudnya hubungan yang positif antara pendekatan pembelajaran berstrategi dengan kemahiran insaniah. Walau bagaimanapun, terdapat hubungan yang signifikan negatif antara pendekatan luaran dengan kemahiran insaniah. Hasil kajian juga menunjukkan terdapatnya perbezaan pendekatan pembelajaran dan kemahiran insaniah berdasarkan gender. Kemahiran insaniah pelajar lelaki lebih tinggi berbanding pelajar perempuan. Dapatan kajian menyokong model 3Ps Biggs yang menunjukkan kepentingan proses (pendekatan pembelajaran) ke atas hasil pembelajaran (kemahiran insaniah). Beberapa implikasi kajian juga dibincangkan khususnya dalam konteks kemahiran insaniah agar kebolehpasaran pelajar disiplin Pengajian Islam dapat ditingkatkan.

Item Type:Article
Keywords:Pendekatan pembelajaran; Kemahiran insaniah; Kebolehpasaran graduan; IPT berteraskan Islam
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:13645
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Nov 2019 03:42
Last Modified:19 Nov 2019 21:24

Repository Staff Only: item control page