Sumbangan dan peranan Azizan Baharuddin dalam kelestarian sains dan agama

Nur Asyikin Hamdan, and Nazri Muslim, and Abdul Latif Samian, (2017) Sumbangan dan peranan Azizan Baharuddin dalam kelestarian sains dan agama. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 18 . pp. 20-29. ISSN 1511-8393

[img]
Preview
PDF
262kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1120

Abstract

Azizab Baharuddin merupakan seorang saintis Wanita Melayu Islam yang banyak menyumbang kepada melestarikan sains dan agama di Malaysia. pengaruh dan impak pemikiran beliau bukan sahaja terhad di peringkat tempatan sahaja bahkan memberi impak kepada negara-negara Islam yang lain. Pada hari ini begitu ramai termasuk umat Islam yang mewujudkan pengasingan ilmu ekoran melihat bidang sains ini seakan-akan terasing daripada Islam dan begitu juga sebaliknya, Islam dilihat suatu yang mengetepikan sains yang pada hakikatnya, bahawa sebenarnya tidak ada pertentangan antara Islam dan sains. Justeru, artikel ini akan membincangkan sumbangan dan peranan Azizan dalam melestarikan sains dan agama. Beliau berkeyakinan bahawa persepsi sains dan agama terpisah adalah satu kesilapan pemikiran yang boleh diperbetulkan melalui perbincangan ilmu, dialog, kempen dan diketengahkan dalam sistem pendidikan negara.

Item Type:Article
Keywords:Azizan; Sains; Agama; Kelestarian; Melayu Islam
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:13684
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Nov 2019 07:16
Last Modified:22 Nov 2019 21:41

Repository Staff Only: item control page