Nor Afian Yusof, and Khairul Anwar Mastor, and Maznah Ibrahim, and Fatin Hazwani @ Hasidah Siran, and Hamdzun Haron, and Abdul Salam Yussof, (2018) Hubungan anime dengan akhlak remaja Islam: kajian rintis di Selangor. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 19 . pp. 12-27. ISSN 1511-8393
|
PDF
211kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1145
Abstract
Kepincangan akhlak dalam kalangan remaja hari ini umpama barah yang meracuni masyarakat kerana ia memberikan impak negatif terhadap semua pihak termasuk diri remaja itu sendiri, keluarga, pihak sekolah serta kerajaan. Impak yang terjadi dari isu akhlak ini akan merugikan negara kerana remaja adalah modal insan yang akan mencorak masa depan negara. Statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia 2016 merekodkan bilangan pesalah juvana menurun 10.3 peratus daripada 5,096 kes pada tahun 2014 kepada 4,569 kes pada tahun 2015. Namun bilangan tersebut belum cukup untuk melepaskan rasa risau di kalangan masyarakat terhadap masalah ini apa lagi ia melibatkan golongan remaja. Banyak faktor yang menyumbang kepada isu akhlak ini. Salah satunya ialah pendedahan melampau media massa yang mengandungi unsur-unsur negatif yang boleh mempengaruhi diri dan akal remaja yang masih belum dapat membezakan baik dan buruk sesuatu perkara. Anime adalah salah satu cabang dari media massa yang begitu popular di kalangan remaja dan kanak-kanak. Animasi dari Jepun ini telah menjadi satu fenomena di seluruh dunia kerana terdapat pelbagai genre dari kanak-kanak, remaja hinggalah dewasa. Perbezaan nilai akhlak, adab dan budaya yang berbeza dikhuatiri menjadi penyebab kepada salah satu faktor keruntuhan akhlak di kalangan remaja kerana terdapatnya unsur-unsur keganasan, seks, hayalan dan tahyul yang boleh merosakkan fikiran dan meracuni sikap remaja yang akhirnya menjerumus kepada permasalahan sosial. Justeru kajian ini dilakukan untuk melihat hubungan anime terhadap keruntuhan akhlak remaja Islam di Selangor. Kajian rintis ini melibatkan 85 orang responden melalui soal selidik dengan pendekatan kuantitatif.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Anime; Akhlak; Remaja Muslim; Animasi; Jepun |
Journal: | MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara |
ID Code: | 13689 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 21 Nov 2019 00:28 |
Last Modified: | 22 Nov 2019 21:47 |
Repository Staff Only: item control page