Cabaran globalisasi: strategi ekonomi upah tinggi

Zulkifly Osman , and Mohd Azlan Shah Zaidi, (2002) Cabaran globalisasi: strategi ekonomi upah tinggi. Jurnal Ekonomi Malaysia, 36 . ISSN 0127-1962

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/~penerbit

Abstract

Dalam model ekonomi upah tinggi, upah tidak harus dianggap sebagai faktor kos semata-mata. Sebaliknya, ia juga harus dianggap sebagai faktor pendapatan kepada pekerja. Ini membawa maksud bahawa jika upah tinggi, keselesaan hidup pekerja akan meningkat dan ia boleh menyumbang kepada peningkatan daya usaha dan seterusnya produktiviti pekerja. Fenomena ini sekali gus dapat meningkatkan keuntungan majikan. Namun persoalannya ialah adakah upah yang menyebabkan produktiviti meningkat atau kerana produktiviti tinggi maka upah tinggi. Dengan menggunakan ujian penyebab Granger (1969) dan ujian penyebab versi Toda dan Yamamoto (1995), rencana kajian dibuat untuk melihat hubungan timbal balik antara kedua-dua pembolehubah-pembolehubah berkenaan. Hasilnya didapati bahawa kemungkinan kewujudan fenomena ekonomi upah tinggi amat sukar untuk ditolak. Ertinya, kenaikan upah akan disusuli dengan peningkatan produktiviti. Ini merupakan petanda baik bagi Malaysia dari segi strategi dalam menghadapi saingan pasaran global akibat hakisan kelebihan kos buruh murah

Item Type:Article
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:1369
Deposited By: mr Mustaffa Abu Bakar
Deposited On:18 May 2011 06:20
Last Modified:16 Aug 2011 01:56

Repository Staff Only: item control page