Rozita Ibrahim, and Muhammad Rahimi Hasan, and Bahiyah Abdul Hamid, (2018) Takrif kepimpinan, ciri-ciri pemimpin dan motivasi untuk memimpin menurut sudut pandang pemimpin wanita akar umbi. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 19 . pp. 28-42. ISSN 1511-8393
|
PDF
198kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1145
Abstract
Penemuan terkini dalam penyelidikan kepimpinan yang dijalankan oleh para sarjana daripada pelbagai latar belakang budaya melaporkan dapatan yang bersifat spesifik kepada konteks, selain perbezaan gaya kepimpinan mengikut garisan gender. Di Malaysia sendiri telah banyak kajian tentang kepemimpinan dijalankan. Walau bagaimanapun, masih terdapat kelompongan dalam penyelidikan mengenai kepimpinan wanita, terutamanya di peringkat akar umbi. Bertunjangkan premis di atas, kajian telah dijalankan bertujuan untuk mendalami pengalaman kepimpinan dalam kalangan pemimpin wanita peringkat akar umbi. Artikel ini melaporkan dapatan temu bual kumpulan fokus yang disertai sekumpulan pemimpin wanita peringkat akar umbi. Tujuan temu bual kumpulan fokus tersebut adalah untuk memahami latar belakang dan sudut pandang responden tentang kepimpinan, berdasarkan pengalaman peribadi yang dikisahkan sendiri oleh mereka. Secara khusus, responden berkongsi pandangan mengenai definisi kepimpinan, ciri-ciri pemimpin ideal, motivasi atau pendorong untuk menjadi pemimpin dan pendekatan terbaik untuk melatih sekali gus memperkasa para pemimpin wanita akar umbi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kepimpinan; Pemimpin akar umbi; Kepimpinan wanita; Pemerkasaan wanita |
Journal: | MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara |
ID Code: | 13690 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 21 Nov 2019 00:34 |
Last Modified: | 22 Nov 2019 21:47 |
Repository Staff Only: item control page