Tahap kebolehbacaan teks bahasa Arab at-Taisir dalam kalangan murid tahap 2 di Sekolah Rendah Islam (Sri) al-Amin, Nilai: satu kajian awal

Nur Hidayah Hussain, and Maharam Mamat, (2018) Tahap kebolehbacaan teks bahasa Arab at-Taisir dalam kalangan murid tahap 2 di Sekolah Rendah Islam (Sri) al-Amin, Nilai: satu kajian awal. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 19 . pp. 67-84. ISSN 1511-8393

[img]
Preview
PDF
244kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1145

Abstract

Buku teks merupakan salah satu bahan bacaan pengajaran utama dalam pengajaran bahasa Arab di Malaysia. Kajian para sarjana mendapati penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar bukan penutur masih berada pada tahap yang rendah kerana pelbagai faktor termasuk kandungan buku teks yang kurang berkesan. Penilaian terhadap sesuatu bahan bacaan mengambil kira banyak aspek termasuk terutama tahap kebolehbacaan. Kebolehbacaan merupakan tahap atau aras senang-sukar sesuatu bahan bacaan. Buku teks yang berkualiti merupakan satu teks bacaan yang mudah difahami. Kajian ini membincangkan kebolehbacaan teks berbahasa Arab dalam kalangan murid tahap dua di sekolah rendah melalui ujian kloz dan soal selidik dalam mempertingkatkan keupayaan kefahaman dan penguasaan bahasa Arab. Kajian kebolehbacaan ini berperanan sebagai satu dokumen yang dapat membantu Kementerian Pendidikan, para guru, penyedia dasar, penulis buku teks, dan pihak lain terlibat.

Item Type:Article
Keywords:Kebolehbacaan; Teks bahasa Arab; Ujian kloz; Buku teks; Sekolah Rendah Islam al-Amin Nilai
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:13693
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Nov 2019 01:00
Last Modified:22 Nov 2019 21:51

Repository Staff Only: item control page