Teori wakaf, kepelbagaian dan contoh amalan di Malaysia

Mohd. Ali Muhamad Don, (2019) Teori wakaf, kepelbagaian dan contoh amalan di Malaysia. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 20 . pp. 24-39. ISSN 1511-8393

[img]
Preview
PDF
235kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1217

Abstract

Wakaf merupakan ibadat berbentuk kehartaan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Namun begitu belum ramai yang menyedari kepentingan wakaf sekali gus menyebabkan dana wakaf gagal memainkan peranan signifikan kepada pembangunan ummah. Justeru penulisan ini ingin menjelaskan teori wakaf serta kepentingannya dalam Islam. Penulis juga menjelaskan mengenai hikmah kepelbagaian wakaf bagi mencerminkan nilai keunikan wakaf dalam Islam. Akhirnya Penulis mengetengahkan beberapa contoh pelaksanaan wakaf sebagai model amalan wakaf kontemporari yang diperkenalkan di Malaysia. Bagi mencapai objektif ini Penulis melakukan kajian keperpustaakan bagi mendapatkan maklumat terperinci daripada sumber yang sahih lagi autentik. Dapatan kajian di analisa dan dibuat perbandingan kemudian dilaporkan dalam bentuk penulisan kertas kerja untuk memudahkan pembacaan. Hasil kajian menunjukkan wakaf suatu ibadat yang murni diperkenalkan oleh Islam mendahului masa pengenalan skim endowment dan philantropi di Barat. Namun begitu masih banyak yang perlu dilakukan agar umat Islam benar-benar memahami hukum-hakam wakaf dan menyedari keperluan untuk berwakaf sebagaimana yang dianjurkan dalam Islam. Diharapkan penulisan ini berjaya mencapai matlamat untuk melahirkan masyarakat celik wakaf dan menyumbangkan lebih banyak dana untuk keperluan ummah sepanjang zaman.

Item Type:Article
Keywords:Teori wakaf; Kepelbagaian wakaf; Hikmah wakaf; Malaysia
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:13698
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Nov 2019 07:38
Last Modified:22 Nov 2019 21:56

Repository Staff Only: item control page