Analisis tenaga bebas dan sifat mangkin PtRuFeNi untuk sel fuel metanol langsung (DMFC) tunggal

Sahriah Basri, and Siti Kartom Kamarudin, (2019) Analisis tenaga bebas dan sifat mangkin PtRuFeNi untuk sel fuel metanol langsung (DMFC) tunggal. Sains Malaysiana, 48 (6). pp. 1221-1231. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil6_2...

Abstract

Mangkin dwilogam PtRu adalah mangkin konversional yang biasa digunakan untuk aplikasi sel fuel metanol langsung (DMFC). Walau bagaimanapun, kadar tindak balas pengoksidaan metanol (MOR) yang rendah menjadi kekangan yang ketara kepada penurunan prestasi dan kuasa DMFC. Kos PtRu yang sangat mahal menghalang DMFC untuk dikomersialkan yang setanding bateri. Maka, muatan PtRu dikurangkan dan logam alternatif perlu ditambah bagi memastikan prestasi DMFC dikekalkan. Justeru, objektif utama kajian ini adalah menganalisis logam alternatif yang berpotensi untuk dijadikan sebagai mangkin. Empat mangkin berpotensi iaitu ferum (Fe), nikel (Ni), aurum (Au) dan paladium (Pd) disimulasikan dengan Pt dan Ru menggunakan kaedah kimia pengkomputeran. Perisian Material Studio digunakan untuk menganalisis tenaga bebas dan tenaga penjerapan. Analisis kajian ini menemui bahawa logam ferum (Fe) dan nikel (Ni) memiliki prestasi yang sama dengan Pt dan Ru. Sel tunggal DMFC kemudian dibangunkan dengan menggunakan nanomangkin PtRuFeNi yang disokong dengan tiub nano karbon (MWCNT). Prestasi sel tunggal DMFC yang dihasilkan menggunakan mangkin PtPtRuFeNi/MWCNT adalah 11 mW dengan ketumpatan arus optimum sebanyak 33 mA.cm-2.

Item Type:Article
Keywords:Sel fuel metanol langsung; Tenaga bebas; Tiub nano karbon
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:13714
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Nov 2019 07:16
Last Modified:29 Nov 2019 09:01

Repository Staff Only: item control page