Norliza Ismail, and Azman Jalar, and Maria Abu Bakar, and Roslina Ismail, and Nur Shafiqa Safee, and Ahmad Ghadafi Ismail, and Najib Saedi Ibrahim, (2019) Kesan penuaan sesuhu terhadap sifat mikro kekerasan pempaterian Sn-Ag-Cu/CNT/Cu menggunakan pelekukan nano. Sains Malaysiana, 48 (6). pp. 1267-1272. ISSN 0126-6039
|
PDF
1MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil6_2...
Abstract
Kesan penuaan terma terhadap sifat kekerasan sambungan pateri Sn-3.0Ag-0.5Cu (SAC305) yang ditambah dengan partikel karbon tiub nano (CNT) telah dikaji. Sifat kekerasan yang menggambarkan kekuatan sambungan pateri ditentukan melalui pendekatan pelekukan nano. Bahan pateri SAC ditambah dengan 0.03% kandungan berat CNT untuk menghasilkan bahan pes pateri SAC-CNT. Pes pateri yang telah dicetak di atas papan litar bercetak (PCB) berkemasan kuprum (Cu) dikenakan pematerian aliran semula pada suhu puncak 260°C untuk menghasilkan sambungan pateri SAC dan SAC-CNT. Sambungan pateri SAC dan SAC-CNT kemudiannya dikenakan penuaan terma melalui ujian penyimpanan suhu tinggi (HTS) selama 200, 400, 600, 800 dan 1000 j pada suhu tetap iaitu 150°C. Sampel sambungan pateri selepas pematerian dan penuaan terma dianalisis melalui kaedah pelekukan nano untuk menentukan sifat kekerasannya. Untuk analisis mikrostruktur, sampel dipunar dan imej dicerap melalui mikroskop optik. Keputusan menunjukkan nilai kekerasan menurun dengan peningkatan masa penuaan bagi kedua-dua sambungan pateri yang dikaji. Walau bagaimanapun, sambungan pateri SAC-CNT mempunyai kekerasan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 10-26% berbanding sambungan pateri SAC. Melalui ujian pelekukan nano, sifat mikro kekerasan bagi sambungan pateri akibat tindakan penuaan terma sesuhu yang bersifat setempat dapat ditentukan. Corak nilai mikro kekerasan yang diperoleh adalah selari dengan corak yang diperoleh menggunakan kaedah ujian kekerasan konvensional.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Karbon nanotiub; Kekerasan; Pateri Sn-Ag-Cu; Pelekukan nano; Penuaan terma |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 13719 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 25 Nov 2019 07:52 |
Last Modified: | 29 Nov 2019 09:05 |
Repository Staff Only: item control page