Kesan gelombang kejutan terhadap sifat mikromekanik sambungan pateri SAC 0307/ENiG menggunakan pendekatan pelekukan nano

Maria Abu Bakar, and Azman Jalar, and Wan Yusmawati Wan Yusoff, and Nur Shafiqa Safee, and Ariffin Ismail, and Norliza Ismail, and Emee Marina Salleh, and Najib Saedi Ibrahim, (2019) Kesan gelombang kejutan terhadap sifat mikromekanik sambungan pateri SAC 0307/ENiG menggunakan pendekatan pelekukan nano. Sains Malaysiana, 48 (6). pp. 1273-1279. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil6_2...

Abstract

Kebolehharapan dan kebolehtahanan pempakejan elektronik bagi peralatan elektronik dalam bidang ketenteraan adalah menjangkaui kepenggunaan komersial. Kebolehharapan sambungan pateri merupakan perkara asas bagi penilaian prestasi pempakejan elektronik. Ujian kebolehharapan komersial atau konvensional seperti dalam standard JEDEC (Solid State Technology Association) tidak dapat memenuhi keperluan pempakejan elektronik untuk piawaian ketenteraan. Kajian ini melaporkan gerak balas sambungan logam pateri SAC 0307 pada papan litar bercetak (PCB) dengan kemasan permukaan electroless nickel immersion gold (ENiG) terhadap gelombang kejutan hasil daripada ujian letupan secara terbuka. Perubahan sifat mikromekanik dikaji menggunakan pendekatan pelekukan nano. Gelombang kejutan yang berbeza dikenakan pada sambungan pateri dengan menggunakan bahan Emulex dengan dos sebanyak 700 g dan 1500 g. Kekerasan sambungan pateri telah menyusut sebanyak 29% daripada 141 MPa kepada 100 MPa selepas didedahkan pada gelombang kejutan dengan penggunaan dos Emulex sebanyak 1500 g. Modulus terkurang sambungan pateri juga telah menyusut sebanyak 13% daripada 141 GPa kepada 123 GPa dengan penggunaan dos bahan Emulex sebanyak 1500 g. Ujian gelombang kejutan telah menyebabkan berlakunya perubahan pada sifat mikromekanik sambungan pateri iaitu berlakunya kelakuan perlembutan yang melibatkan penyusutan nilai kekerasan dan modulus terkurang. Tiada retak diperhatikan pada antara sambungan pateri-substrat yang menunjukkan bahawa sambungan pateri adalah tidak gagal dan tetap utuh selepas didedahkan pada gelombang kejutan yang tinggi, walaupun berlaku penyusutan sifat mikromekanik yang ketara.

Item Type:Article
Keywords:Bahan pateri Sn-Ag-Cu; Gelombang kejutan; Pelekukan nano; Sambungan pateri; Sifat mikromekanik
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:13720
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Nov 2019 07:57
Last Modified:29 Nov 2019 09:05

Repository Staff Only: item control page