Wan Zakhir Wan Nazri, and Dzulhelmi Muhammad Nasir, and Nur-Athirah Abdullah, and Farah Nadiah Rosli, and Bakhtiar Effendi Yahya, and Faszly Rahim, (2019) Corak taburan ruang-masa semut (Hymenoptera: Formicidae) di ekosistem sawit, Endau Rompin, Pahang. Sains Malaysiana, 48 (7). pp. 1311-1323. ISSN 0126-6039
|
PDF
3MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil7_2...
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mengetahui corak taburan ruang-masa semut (Hymenoptera: Formicidae) dan memahami ekologi ruang semut di ekosistem sawit di Endau Rompin, Pahang. Persampelan dijalankan selama empat bulan berturut-turut di tiga jenis tanah iaitu tanah liat (A1 & A2), tanah gambut dalam (B1 & B2) dan tanah gambut cetek (C1 & C2). Kaedah perangkap lubang digunakan bagi mensampel semut yang mencari makanan di atas tanah. Sejumlah 3,968 individu semut berjaya diperoleh, mewakili 13 genus dalam empat subfamili. Anoplolepis mencatatkan bilangan individu paling melimpah iaitu sebanyak 1,692 individu (45.75%) diikuti dengan Pheidole (862 individu; 23.31%) dan Paratrechina (228 individu; 6.17%). Dalam tanah liat, Anoplolepis ialah genus yang paling melimpah manakala bagi tanah gambut dalam dan cetek, Pheidole adalah genus yang paling melimpah berbanding genus yang lain. Ujian Khi kuasa-dua (dua hala) mengenal pasti perbezaan yang signifikan (p < 0.05) bagi komposisi lapan genus iaitu Anoplolepis, Oecophylla, Paratrechina, Odontomachus, Ponera, Crematogaster, Pheidole, dan Tetramorium dalam kombinasi tanah, bulan dan genus. Bagi corak taburan ruang-masa pula, Formicinae secara keseluruhannya menunjukkan corak taburan ruang yang berkelompok (Ia > 1; p < 0.05) manakala bagi Ponerinae, Myrmicinae dan Aenictinae, corak taburan ruang-masa adalah berbentuk rawak (Ia ≤ 1; p > 0.05). Corak taburan ruang-masa setempat bagi subfamili semut adalah sangat dinamik dengan perubahan corak kelompok dan luang yang berbeza pada bulan yang berlainan. Gambaran awal corak taburan ruang-masa setempat bagi semut di ekosistem sawit yang diperoleh dalam kajian ini menunjukkan hubung kait ekologi dan lakuan beberapa genus walau pun secara kolektifnya dicerap pada peringkat subfamili. Kajian lanjut bagi melihat asosiasi ruang-masa antara subfamili dirasakan perlu bagi memperjelaskan lagi ekologi lakuan dan interaksi dalam kalangan komuniti berfungsi semut.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Corak ruang-masa; Ekosistem sawit; Formicidae; Pencari makan atas tanah |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 13725 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 27 Nov 2019 02:06 |
Last Modified: | 29 Nov 2019 09:10 |
Repository Staff Only: item control page