The contribution of Zakat as an Income creating asset in Selangor and wilayah persekutuan, Malaysia

Nor Ghani Md. Nor, and Abd. Razak, and Mohd. Ali Mohd. Noor, (2002) The contribution of Zakat as an Income creating asset in Selangor and wilayah persekutuan, Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 36 . ISSN 0127-1962

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/~penerbit

Abstract

Keperluan menyediakan bantuan modal kepada fakir miskin merupakan perkara yang agak baru bagi pihak pengurusan zakat di beberapa negeri di Malaysia. Penjarahan ke atas skim ini sebahagiannya disebabkan oleh pertambahan jumlah kutipan zakat beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun demikian, kajian literature menunjukkan tiada usaha dibuat selama ini untuk melihat kejayaan mahupun kegagalan program ini di dalam mewujudkan perniagaan mampu diri. Kajian seperti ini sangat penting memandangkan dana zakat yang terhad haruslah diagihkan secara optimal bagi memaksimakan manfaat kepada fakir miskin. Secara khususnya, usaha haruslah dibuat bagi menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan atau kegagalan program untuk memandu agihan dana zakat pada masa hadapan. Kertas ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor kejayaan perusahaan mikro yang telah dibiaya melalui dana zakat. Dengan menggunakan data-data yang diperolehi dari 127 orang responden yang menerima bantuan modal dari pejabat zakat di Selangor dan Wilayah Persekutuan, model regressi logistik telah digunakan untuk menguji pengaruh beberapa faktor ke atas kebarangkalian kejayaan. Faktor tersebut telah dipilih berasaskan teori-teori dan kajian empirik terdahulu menenai perusahaan mikro yang dibiayai secara konvensional. Keputusan dari analisis ekonometrik menunjukkan faktor gender, umur, bilangan lawatan penyelia projek dan pengalaman lalu adalah signifikan dalam menentukan kejayaan projek yang dijalankan

Item Type:Article
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:1373
Deposited By: mr Mustaffa Abu Bakar
Deposited On:18 May 2011 06:37
Last Modified:16 Aug 2011 01:55

Repository Staff Only: item control page