Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Analisis Diskriminan dalam pemodelan kejadian kegagalan cerun di Pulau Pinang, Malaysia

Nuriah Abd Majid, and Ruslan Rainis, (2019) Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Analisis Diskriminan dalam pemodelan kejadian kegagalan cerun di Pulau Pinang, Malaysia. Sains Malaysiana, 48 (7). pp. 1367-1381. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
3MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil7_2...

Abstract

Kegagalan cerun merupakan suatu fenomena disebabkan hujan yang sering berlaku di kawasan tropika seperti Malaysia. Kajian ini menghuraikan penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Analisis Diskriminan untuk memodelkan ciri-ciri fizikal kegagalan cerun serta hubung kait statistik kejadian kegagalan cerun dengan parameter fizikal yang menyumbang kepada kejadian kegagalan cerun di Pulau Pinang. Analisis diskriminan adalah satu kaedah analisis yang boleh digunakan untuk mendiskriminasikan sesuatu kumpulan kegagalan cerun berdasarkan parameter tertentu. Tujuan utama analisis ini dijalankan adalah bagi memahami faktor yang mempengaruhi perbezaan antara kumpulan kegagalan cerun dan cerun stabil (tiada kegagalan cerun), seterusnya membuat ramalan tentang kemungkinan terjadi sesuatu kegagalan cerun. Oleh yang demikian, satu kombinasi linear pemboleh ubah bebas telah dibentuk dan digunakan sebagai asas dalam mengkelaskan kes kegagalan cerun tertentu. Kajian ini menggunakan sepuluh pemboleh ubah iaitu jarak ke jalan, purata hujan tahunan, litologi batuan, ketinggian topografi, kecuraman cerun, siri tanih, aspek cerun, jarak ke sungai, jenis guna tanah dan lineamen. Model yang terhasil didapati berjaya meramal 92.5% daripada kejadian kegagalan cerun sebenar. Model yang dibentuk kemudiannya telah dinilai menggunakan 30% daripada sampel kejadian sebenar dan menghasilkan ketepatan sebanyak 91.24%.

Item Type:Article
Keywords:Analisis Diskriminan; Kegagalan cerun; Pemodelan ruangan; Pulau Pinang; Sistem Maklumat Geografi
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:13731
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 Nov 2019 03:50
Last Modified:29 Nov 2019 09:12

Repository Staff Only: item control page