Reka bentuk sensor pendar cahaya bintik kuantum ZnCdSe untuk mengesan racun perosak

Norhayati Abu Bakar, and Akrajas Ali Umar, and Muhamad Mat Salleh, (2019) Reka bentuk sensor pendar cahaya bintik kuantum ZnCdSe untuk mengesan racun perosak. Sains Malaysiana, 48 (7). pp. 1513-1518. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
831kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil7_2...

Abstract

Racun perosak digunakan secara meluas dalam sektor pertanian bagi meningkatkan hasil pengeluaran tanaman. Namun demikian, racun perosak boleh memudaratkan kesihatan manusia, haiwan, ikan dan menyebabkan pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran air. Kertas ini melaporkan kajian pembangunan sistem sensor pendar cahaya untuk mengesan kehadiran racun perosak di dalam air dengan menggunakan filem nipis bintik kuantum. Sistem sensor pendar cahaya mempunyai empat bahagian: sumber cahaya untuk menguja racun perosak, kebuk sensor yang mengandungi sampel racun perosak, serat optik yang memandu cahaya daripada sumber ke kebuk sensor dan sistem analisis. Penduga serat optik dupleks berfungsi menyalurkan sumber cahaya penguja dan pancaran. Pada bahagian hujung serat optik terdapat permukaan kaca pada penduga yang dimendapkan dengan filem nipis bintik kuantum ternari ZnCdSe yang disintesis menggunakan kaedah kimia basah pada suhu 350°C dan masa pertumbuhan hablur ZnCdSe adalah 5 min. Pengesanan racun perosak diukur dengan membandingkan spektrum pendar cahaya (PL) filem nipis ZnCdSe di dalam air dan di dalam larutan racun perosak dengan variasi kepekatan 2.5 hingga 2500 μg/L. Pengesanan dalam uji kaji ini menunjukkan spektrum PL filem nipis ZnCdSe menurun apabila dicelupkan ke dalam larutan racun perosak berbanding dengan puncak spektrum di dalam air. Peratus perbezaan penurunan PL meningkat dengan peningkatan kepekatan racun perosak dan bergantung secara linear kepada kepekatan racun perosak.

Item Type:Article
Keywords:Bintik kuantum; Pendar cahaya; Racun perosak; Reka bentuk sistem sensor
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:13745
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 Nov 2019 07:36
Last Modified:29 Nov 2019 10:30

Repository Staff Only: item control page