Kesedaran dan kelakuan pelajar prasiswazah terhadap aktiviti plagiat dalam penulisan akademik

Wan Hanna Melini Wan Mohtar, and A.J Amirul Aiman, and Nur Azura Abdullah, and Nur Izzi Md. Yusoff, and Azrul Abdul Mutalib, (2018) Kesedaran dan kelakuan pelajar prasiswazah terhadap aktiviti plagiat dalam penulisan akademik. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 10 (1). pp. 1-23. ISSN 1985-5826

[img]
Preview
PDF
682kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1079

Abstract

Makalah ini membincangkan tahap kesedaran dan kelakuan pelajar prasiswazah di universiti terhadap aktiviti plagiat dalam penulisan akademik. Objektif kajian adalah untuk menilai pengetahuan dan pemahaman pelajar mengenai plagiat, termasuk jenis-jenis plagiat yang biasa dilakukan oleh pelajar, tahap keseriusan dan kekerapan perlakuan setiap jenis plagiat. Metodologi yang digunakan ialah pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang mempunyai tiga bahagian. Responden kajian terdiri daripada pelajar prasiswazah, dari tahun pertama hingga tahun akhir pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi awam di Malaysia dengan menggunakan persampelan rawak mudah. Dapatan kajian menunjukkan, hampir 80% para pelajar prasiswazah mempunyai kesedaran dan mengetahui implikasi aktiviti plagiat, namun begitu mereka mengaku masih melakukan plagiat dalam penulisan akademik. Dapatan dominan menunjukkan empat jenis plagiat dalam takrif serius iaitu pencurian, penyalinan kata demi kata, penulisan hantu dan plagiat lain, manakala aktiviti plagiat seperti parafrasa palsu, parafrasa gelap dan kitar semula dianggap tidak serius kerana mendapat maklum balas yang rendah daripada pelajar. Signifikan kajian ini ialah, dapat membantu pihak universiti untuk mengadakan kursus-kursus penulisan akademik yang beretika supaya peratus plagiat dalam kalangan pelajar dapat dikurangkan seterusnya dapat mengelakkan hal ini daripada berlaku.

Item Type:Article
Keywords:Kesedaran plagiat; Jenis plagiat; Pelajar prasiswazah; Malaysia
Journal:Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education
ID Code:13754
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Dec 2019 04:57
Last Modified:04 Dec 2019 16:28

Repository Staff Only: item control page