Marini Abu Bakar, and Mohd Isrul Esa, and Muriati Mukhtar, and Rodziah Latih, and Norleyza Jailani, and Noorazean Mohd. Ali, and Syahanim Mohd. Salleh, and Abdullah Mohd. Zin, (2018) Kerangka bagi persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar untuk latihan pengaturcaraan kendiri. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 10 (1). pp. 24-38. ISSN 1985-5826
|
PDF
312kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1079
Abstract
Pengaturcaraan komputer merupakan satu bidang yang memerlukan kemahiran dalam mereka bentuk algoritma, memahami sintaks, menulis aturcara dan membetulkan ralat sehingga memperoleh aturcara yang dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Kemahiran ini dapat dibina melalui latihan yang banyak, dalam pelbagai bentuk dan secara berterusan. Lazimnya penguasaan pelajar dalam pengaturcaraan dapat dilihat daripada bilangan latihan yang dapat diselesaikan dengan betul dan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Hasil daripada pemerhatian, kebanyakan pelajar dapat menyelesaikan masalah yang diberi semasa sesi makmal. Namun, prestasi mereka dalam ujian makmal kurang memuaskan. Keadaan ini tidak menolak kemungkinan pelajar tidak melakukan latihan kendiri secukupnya sebagai persediaan ujian makmal. Dalam persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar, pengisian jam notional sangat penting untuk memastikan pelajar bersedia untuk mengikuti kelas seterusnya. Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu kerangka bagi persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar untuk kursus pengaturcaraan komputer. Persekitaran pembelajaran ini menerapkan teori konstruktivisma yang membantu pelajar membina pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman menyelesaikan pelbagai masalah aturcara. Kerangka pembelajaran ini juga diintegrasikan dengan model pembelajaran kompetitif dengan menyediakan ruang untuk pelajar bersaing sesama sendiri dalam menyelesaikan masalah pengaturcaraan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pembelajaran kompetitif; Konstruktivisma; Jam notional; Pembelajaran berterusan |
Journal: | Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education |
ID Code: | 13755 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 03 Dec 2019 07:05 |
Last Modified: | 04 Dec 2019 16:29 |
Repository Staff Only: item control page