Masyitoh Yaacob, and Firuz Akhtar Mohamad Bohari, and Kaseh Abu Bakari, (2018) Kecekapan bertutur bahasa Arab dan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar berserta elemen coaching dan mentoring. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 10 (2). pp. 28-44. ISSN 1985-5826
|
PDF
225kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1151
Abstract
Pemerolehan kemahiran bertutur bahasa Arab menjadi isu penting dalam pembelajaran bahasa Arab. Tujuan utama pengajaran kemahiran bertutur ialah menjadikan para pelajar cekap bertutur dalam bahasa yang dipelajari. Kecekapan bertutur bahasa Arab pelajar boleh diasah melalui pendekatan pengajaran yang digunakan oleh pensyarah. Kekurangan pendekatan pengajaran yang dapat menjadikan pelajar cekap bertutur dalam bahasa Arab merumitkan lagi keadaan. Oleh itu, Kajian ini bertujuan untuk mengukur kecekapan bertutur 21 orang pelajar kursus PPPJ3503 Bahasa Arab Lisan dalam aktiviti role play dan pidato spontan. Dokumen yang dianalisis dalam kajian ini ialah keputusan penilaian akhir semester dan item soal selidik yang berkaitan dengan kecekapan bertutur para pelajar setelah mengikuti kursus ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat penambahbaikan terhadap kesanggupan bertutur, pengurangan tahap kebimbangan, keyakinan berbahasa, kecekapan bertutur dalam kalangan para pelajar. Kursus PPPJ3503 Bahasa Arab Lisan ini telah berjaya menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar dengan elemen coaching dan mentoring berpotensi untuk diaplikasikan dalam pengajaran kemahiran bertutur bahasa Arab khasnya dan bahasa Arab secara amnya. Selain daripada itu, kajian ini juga mendapati bahawa lebih 85% pelajar menganggarkan bahawa mereka telah mengalami peningkatan dalam kecekapan bertutur bahasa Arab setelah melalui proses pengajaran bahasa Arab lisan dengan menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar dengan elemen coaching dan mentoring.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kemahiran bertutur; Bahasa Arab; Elemen coaching; Elemen mentoring; Pembelajaran bahasa Arab |
Journal: | Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education |
ID Code: | 13760 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 04 Dec 2019 06:28 |
Last Modified: | 04 Dec 2019 16:38 |
Repository Staff Only: item control page