Latihan industri berpaksikan vokasional penjagaan warga emas dalam kursus kerja sosial gerontologi, FSSK, UKM

Khadijah Alavi, and Nur Hanis Hazlan, and Norsyafiqah Fauze, (2019) Latihan industri berpaksikan vokasional penjagaan warga emas dalam kursus kerja sosial gerontologi, FSSK, UKM. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 11 (1). pp. 48-58. ISSN 1985-5826

[img]
Preview
PDF
442kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1195

Abstract

Pertambahan penduduk warga emas meningkat dengan mendadak di Malaysia, dijangka mencapai masyarakat menua (aging society) mulai tahun 2018 dan menjadi negara tua (aged nation) pada tahun 2035 dimana 15% penduduk berumur 60 tahun ke atas. Malaysia masih ketinggalan daripada aspek penyediaan penyampaian perkhidmatan bagi menghadapi negara tua. Sehubungan dengan itu, bagi mencapai pendaulat amanah negara, UKM mengorak langkah berkongsi inovasi dan amalan terbaik kursus gerontologi kerja sosial untuk menyediakan penyampaian perkhidmatan berkualiti dalam penjagaan warga emas. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka pengaplikasian latihan vokasional penjagaan warga emas dalam kursus gerontologi kerja sosial di UKM. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan kepada yang terlibat hanya Sembilan orang sahaja responden yang telah dipilih berpandukan persampelan bertujuan. Lokasi kajian yang dipilih ialah Rumah Ehsan Kuala Kubu Bahru, Selangor. Data dianalisis secara verbatim daripada transkrip yang dibina melalui temubual mendalam dengan responden. Hasil kajian dapat diaplikasikan kepada dua bahagian iaitu, i) kesan kepada pelajar yang mengikuti latihan vokasional penjagaan warga emas di UKM dan ii) kesan kepada syarikat yang menerima pelajar UKM sebagai perantis dalam memberi perkhidmatan penjagaan warga emas. Kursus ini menyediakan golongan muda dengan pengetahuan, teori, praktis dan kemahiran insaniah dalam pengaplikasian penjagaan warga emas secara sistematik. Pelajar boleh menggunakan pengalaman dan pengetahuan ini dalam keluarga, komuniti dan pekerjaan bagi membantu warga emas sakit terlantar dan kurang upaya. Kajian ini mencadangkan, kursus ini dijadikan satu daripada kursus citra UKM yang boleh memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 sebagai nilai tambah dan penglibatan pelajar lebih meluas merentasi bidang dan fakulti. Penglibatan UKM-KARIER mampu menjembatani pelajar dan industri bagi padanan kerjaya dan jaringan industri dengan lebih efektif.

Item Type:Article
Keywords:Kerja sosial; Gerontologi; Latihan vokasional; Penjagaan; Warga emas
Journal:Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education
ID Code:13763
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Dec 2019 03:16
Last Modified:05 Dec 2019 12:37

Repository Staff Only: item control page