Strategi dan struktur kesantunan Melayu dalam kritikan Mentor: rancangan realiti televisyen

Indirawati Zahid, and Nasihah Hashim, (2018) Strategi dan struktur kesantunan Melayu dalam kritikan Mentor: rancangan realiti televisyen. GEMA: Online Journal of Language Studies, 18 (2). pp. 134-153. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
336kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1087

Abstract

Kritikan sering kali dilabelkan sebagai komen yang negatif. Namun kritikan juga boleh merupakan komen yang bersifat positif. Kritikan membawa maksud yang luas, iaitu ulasan. Dalam budaya Melayu, kritikan disampaikan dengan pelbagai cara, iaitu dengan penggunaan strategi dan struktur tertentu. Tujuan sesuatu kritikan dilakukan adalah untuk mencapai sesuatu objektif. Hal ini dapat dilihat dalam kritikan rancangan realiti televisyen Mentor. Data kritikan ini akan dianalisis dengan mengaplikasikan teori Brown & Levinson (1987) dan Asmah (2000). Gabungan kedua-dua teori ini berlandaskan konsep muka dan air muka. Hal ini membentuk pola strategi kesantunan dari perspektif Melayu. Pola strategi ini akan distrukturkan dalam teknik Sandwich (Davies & Jacobs,1985). Kajian ini menggunakan data Mentor musim 1, 2 dan 5. Data telah dimuat turun dan ditranskripsi untuk tujuan analisis teks. Ujaran juri tetap, juri berulang dan juri jemputan yang telah dianalisis dikelompokkan dalam pola-pola strategi kesantunan. Dapatan kajian memperlihatkan ketiga-tiga juri cenderung menggunakan pola strategi (berekod tanpa penyesuaian) + (berekod dengan penyesuaian kesantunan positif) + (berekod dengan penyesuaian kesantunan negatif), iaitu (BTP)+(BPKP)+(BPKN) dengan G3 dan G1 kesantunan Melayu dengan aplikasi struktur kritikan positif mengapit kritikan negatif. Dapatan ini membuktikan bahawa dalam menyampaikan kritikan, penutur Melayu masih menitikberatkan kesantunan dalam komunikasi.

Item Type:Article
Keywords:Strategi; Struktur; Kesantunan; Kesantunan Melayu; Kritikan
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:13776
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Dec 2019 00:37
Last Modified:09 Dec 2019 23:16

Repository Staff Only: item control page