Shahrul Azman Mohd Noah, and Nazlena Mohamad Ali, and Mohd Sabri Hasan, (2018) Penentuan fitur bagi pengekstrakan tajuk berita akhbar bahasa Melayu. GEMA: Online Journal of Language Studies, 18 (2). pp. 154-167. ISSN 1675-8021
|
PDF
479kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1087
Abstract
Ringkasan tajuk berita (headline) adalah salah satu teknik ringkasan teks automatik yang boleh mengurangkan masalah kebanjiran maklumat dalam sistem capaian. Teknik ini berupaya mengurangkan beban kognitif pengguna semasa meneliti dan memilih dokumen relevan dalam kuantiti yang besar. Keupayaan teknik ini dipengaruhi oleh ciri-ciri sistem bahasa tabii yang mewakili maklumat dalam dokumen. Kajian ini membincangkan proses dalam penentuan ciri-ciri sistem bahasa Melayu pada dokumen genre berita. Metodologi kajian dimulai dengan analisis ke atas korpus dokumen berita bahasa Melayu. Korpus ini mengandungi 140 dokumen berita teras yang dipilih daripada dua pangkalan data berita arus perdana di Malaysia iaitu Berita Harian dan Utusan Malaysia. Kriteria pemilihan adalah kategori berita teras, bersaiz 50 hingga 250 perkataan, dengan tahun penerbitan dari 2007 hingga 2012 dan genre berita adalah ekonomi, jenayah, pendidikan dan sukan. Tiga pakar linguistik bahasa Melayu menghasilkan satu ringkasan tajuk berita bagi setiap dokumen berita secara manual. Ketiga-tiga pakar linguistik ini perlu mematuhi tiga syarat iaitu ringkasan dilakukan secara pengekstrakan, teknik pemilihan perkataan secara select-wordinorder dan perubahan morfologi perkataan. Hasil eksperimen menunjukkan tiga fitur telah dikenal pasti iaitu, pertama: dua ayat pertama adalah calon sesuai ayat terpenting, kedua: ayat mengandungi takrifan akronim berpotensi sebagai ayat terpenting dan ketiga: saiz ringkasan tajuk berita ideal adalah enam perkataan. Pertimbangan fitur ini membolehkan ringkasan tajuk berita dijana secara automatik yang lebih mirip seperti dilakukan oleh manusia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Isi utama; Pemprosesan bahasa tabii; Berita Bahasa Melayu; Ringkasan teks; Korpus bahasa Melayu |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 13777 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Dec 2019 01:24 |
Last Modified: | 09 Dec 2019 23:17 |
Repository Staff Only: item control page