Gaya bahasa amr bagi konteks haji dalam surah al-Baqarah

Syakirah Rifa’in@Mohd Rifain, and Mat Taib Pa, and Rosni Samah, (2018) Gaya bahasa amr bagi konteks haji dalam surah al-Baqarah. GEMA: Online Journal of Language Studies, 18 (2). pp. 235-254. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
507kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1087

Abstract

Kajian ini membincangkan gaya bahasa amr berkaitan haji yang merangkumi umrah dalam surah al-Baqarah. Kajian ini mempunyai dua objektif utama, iaitu yang pertama untuk mengenalpasti bentuk dan tujuan amr dan yang kedua untuk merumuskan mesej tersirat daripada kepelbagaian bentuk amr bagi konteks haji yang merangkumi umrah dalam surah al- Baqarah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang dianalisis menggunakan teknik analisis teks berdasarkan konteks ayat dengan menggunakan tafsir-tafsir yang berkaitan dari ulama silam dan moden. Bagi objektif pertama kajian ini menggunakan Teori cAbbas (1997) manakala objektif kedua pula menggunakan Teori al-Awsiy (1988) dan al-Zuhayliy (1991). Dapatan kajian menunjukkan bahawa konteks haji dan umrah mempunyai dua bentuk amr iaitu ficl amr dan uslub khabariy yang memberi makna insya‘iy. Manakala terdapat tiga tujuan amr bagi konteks ini iaitu wajib, tahdid atau amaran dan sunat. Seterusnya bagi mesej tersirat kepelbagaian bentuk amr kajian ini merumuskan bahawa ficl amr digunakan sebagai arahan yang sangat tegas dan kuat yang menunjukkan kesungguhan untuk menjelaskan perkaraperkara asas dan uslub khabariy yang memberi makna insya‘iy pula bersifat kelembutan kerana ia melibatkan perkara yang sukar. Secara kesimpulannya, kepelbagaian bentuk amr yang digunakan mengikut konteks dan situasi tertentu mempunyai keunikan dan mesej tersirat yang tersendiri. Ini merupakan satu dapatan baru dan kajian ini boleh dilanjutkan lagi dalam surah lain selain al-Baqarah.

Item Type:Article
Keywords:Balaghah; Gaya bahasa amr; Haji dan umrah; al-Baqarah
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:13782
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Dec 2019 02:10
Last Modified:09 Dec 2019 23:26

Repository Staff Only: item control page