Analisis leksikografi dan semantik perkataan al-kafur dalam al-Qur’an

Saipolbarin Ramli, and Nazri Atoh, and Zarima Mohd Zakaria, and Hairullfazli Mohammad Som, and Mohd Zaki Abd Rahman, (2018) Analisis leksikografi dan semantik perkataan al-kafur dalam al-Qur’an. GEMA: Online Journal of Language Studies, 18 (2). pp. 267-283. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
466kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1087

Abstract

Perkataan al-Kafur merupakan antara istilah tumbuh-tumbuhan yang terdapat dalam Al-Qur’an. Perkataan al-Kafur direkodkan sekali sahaja dalam Al-Qur’an iaitu dalam surah al-Insan ayat kelima. Perkataan al-Kafur dalam bahasa Arab dapat dilihat perbincangannya dalam bidang filologi Arab, hadith, tafsir Al-Qur’an, leksikografi dan syair Arab. Terdapat perselisihan pendapat dalam kalangan sarjana Arab-Islam bagi menentukan maksud perkataan al-Kafur. Sebahagian daripada mereka merujuk kepada maksud kapur barus, manakala sebahagian yang lain merujuk kepada maksud pokok oleander dan beberapa maksud yang lain. Faktor yang menyebabkan perselisihan dalam kalangan sarjana Arab-Islam adalah kerana perkataan al-Kafur yang terdapat dalam Al-Qur'an merujuk kepada nikmat yang terdapat di dalam syurga. Kajian ini bertujuan untuk mencari maksud sebenar perkataan al-Kafur seperti yang digambarkan dalam Al-Qur’an. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah kajian perpustakaan dalam proses pengumpulan dan penganalisisan data. Untuk mendapatkan data yang lengkap, perbincangan juga turut melibatkan konteks penggunaan perkataan al-Kafur dalam tafsir Al-Qur’an, hadith dan juga syair-syair Arab. Selain itu, kajian ini juga menggunakan data perbandingan dari bidang sains pertanian dan sains perubatan Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kapur barus adalah tafsiran yang paling hampir dengan perkataan al-Kafur seperti yang digambarkan dalam Al-Qur'an. Kajian ini dapat merungkaikan konflik dalam memahami ayat Al-Quran dan pada masa yang sama menolak dakwaan bahawa terdapat ketidaksempurnaan dalam kandungan Al-Qur'an.

Item Type:Article
Keywords:Al-Kafur; Al-Qur’an; analisis teks; Leksikografi Arab; Semantik
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:13784
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Dec 2019 02:24
Last Modified:09 Dec 2019 23:28

Repository Staff Only: item control page