Kamal Othman, and Jaharah A. Ghani, and Che Hassan Che Haron, and Afifah Juri, and Mohd Shahir Kassim, (2018) Kajian mikrostruktur aloi aluminium A390 selepas pemesinan kisar. Jurnal Kejuruteraan, 30 (2). pp. 257-264. ISSN 0128-0198
|
PDF
3MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/volume-302-2018/
Abstract
Aloi aluminum menjadi tumpuan dalam aplikasi komponen automotif disebabkan sifatnya yang ringan yang dapat membantu mengurangkan penggunaan bahan api. Umum mengetahui bahawa komponen ringan yang diperbuat daripada tuangan aloi aluminium lebih kos efektif berbanding penggunaan tuangan besi untuk blok enjin, dan piston. Antara aloi aluminium yang mendapat perhatian pengkaji adalah berasaskan aloi Al-Si seperti aloi penuangan acuan dengan 9.5 wt.% Si (383), aloi penuangan pasir dengan 18.5 wt.% Si (A390) dan semburan aloi dibentuk dengan 25 wt.% Si (Al-25Si). Aloi A390 adalah sesuai untuk menggantikan komponen tuangan besi kerana kandungan silikon yang tinggi ini dapat mengurangkan pengembangan haba, dan ciri-ciri kakisan yang baik. Artikel ini membentangkan pemerhatian yang dilakukan terhadap mikrostruktur aloi aluminum A390 di bawah permukaan yang telah dimesin kisar. Parameter pemotongan yang dikaji ialah laju pemotongan 250-350 m/min, kadar suapan 0.02-0.04 mm/gigi, dan lebar radius 12.5 mm-25 mm. Manakala kedalaman paksi dimalarkan pada 0.3 mm. Pemesinan kisar dilakukan dalam keadaan kering dan kriogenik. Pemerhatian terhadap mikrostruktur mendapati terdapat kesan pemanasan pada laju pemotongan 350 m/min, kadar suapan 0.02 mm/gigi, lebar jejari 12.5 mm dalam keadaan pemotongan kering dengan mata alat yang telah haus. Manakala untuk parameter pemotongan yang lain tiada kesan pemanasan diperhatikan. Tiada sebarang perubahan mikrostruktur diperhatikan bagi julat parameter pemotongan yang dikaji. Ini menunjukkan, suhu pemotongan yang terjana adalah rendah dan tidak menyebabkan sebarang perubahan mikrostruktur bagi julat pemotongan kajian.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Aloi Aluminum A390; Mikrostruktur; Kesan pemanasan; Proses kisar |
Journal: | Jurnal Kejuruteraan |
ID Code: | 13802 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Dec 2019 06:12 |
Last Modified: | 19 Dec 2019 23:52 |
Repository Staff Only: item control page