Kesan penjana fotovolta tersambung-grid terhadap kestabilan voltan dinamik dalam sistem kuasa

Zetty Adibah Kamaruzzaman, and Azah Mohamed, and Nor Azwan Mohamed Kamari, (2018) Kesan penjana fotovolta tersambung-grid terhadap kestabilan voltan dinamik dalam sistem kuasa. Jurnal Kejuruteraan, 30 (2). pp. 289-296. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/volume-302-2018/

Abstract

Penyepaduan penjana fotovolta (FV) tersambung-grid ke dalam sistem kuasa memberi kesan teknikal kerana reka bentuk rangkaian asalnya tidak mengambil kira penyepaduan penjanaan teragih. Pertumbuhan pesat pemasangan dan penembusan tinggi penjana fotovolta tersambung-grid boleh menimbulkan beberapa isu teknikal seperti kualiti kuasa dan kesan ke atas kestabilan voltan sistem kuasa. Kajian ini memberi tumpuan kepada analisis kestabilan voltan dinamik, serta menentukan parameter dinamik penjana FV yang memberi kesan terhadap kestabilan voltan dinamik. Model sistem yang dibangunkan untuk analisis kestabilan voltan dinamik menimbang model dinamik penjana FV dan beban dinamik. Simulasi domain-masa kestabilan voltan dinamik mengambil kira faktor seperti tenggelam-timbul sinaran suria, beban dinamik seperti motor aruhan dan putusan talian. Simulasi dilakukan pada tahap maksimum penembusan FV; 2% bagi sistem penghantaran IEEE 118 bas dan 60% bagi sistem agihan jejari IEEE 69 bas. Keputusan mendapati bahawa tenggelam-timbul sinaran suria yang berpunca dari kejadian lindungan awan boleh memberi kesan terhadap kestabilan voltan dalam sistem kuasa. Kejatuhan voltan secara mendadak menyebabkan ketakstabilan voltan dinamik yang mana bas mengalami kejatuhan voltan melebihi 6% sisihan voltan yang dibenarkan. Gangguan dinamik seperti permulaan motor aruhan turut menjejaskan kestabilan voltan. Selain itu, didapati berlakunya kepulauan yang disebabkan oleh putusan talian di talian tersambung pada bas penjana FV. Justeru, kehadiran sistem penjana FV tersambung grid dan motor aruhan tidak dapat membantu mengekalkan keseimbangan voltan bas yang akhirnya boleh membawa kepada keruntuhan voltan.

Item Type:Article
Keywords:Pestabilan voltan dinamik; Sistem fotovolta tersambung-grid; Sistem dinamik fotovolta
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:13806
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Dec 2019 06:47
Last Modified:19 Dec 2019 23:54

Repository Staff Only: item control page