Bentuk komunikasi pengajaran dalam pengajian takmir di institusi masjid: satu tinjauan literatur

Abd Hadi Borham, and Mohamad Marzuqi Abdul Rahim, and Wahyu Hidayat Abdullah, and Abdul Ghafar Don, and Nurfatin Afiqah Halidi, (2018) Bentuk komunikasi pengajaran dalam pengajian takmir di institusi masjid: satu tinjauan literatur. Al-Hikmah, 10 (2). pp. 17-34. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
666kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Komunikasi merupakan aspek yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara formal atau tidak formal. Pengajian takmir masjid merupakan salah satu bentuk pengajian tidak formal yang berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Komunikasi dalam pengajaran ini lebih ditentukan mengikut mesej agar diterima oleh khalayak sasaran untuk membantu kefahaman dan penghayatan hidup beragama yang lebih berkualiti. Rekabentuk kajian adalah berbentuk kajian deskriptif. Dengan menggunakan metod analisis kandungan, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentukbentuk komunikasi pengajaran dalam pengajian takmir di institusi masjid. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat bentuk komunikasi pengajaran yang digunakan dalam kalangan pengajar-pengajar takmir di Malaysia iaitu berbentuk komunikasi syarahan, motivasi, tunjuk cara dan berbantukan teks. Dapatan ini menunjukkan bentuk komunikasi yang digunakan memberikan kesan terhadap penerimaan pengajaran takmir di institusi masjid.

Item Type:Article
Keywords:Komunikasi; Pengajaran; Pengajian takmir; Institusi masjid
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:13808
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Dec 2019 08:14
Last Modified:19 Dec 2019 23:56

Repository Staff Only: item control page