Sumbangan orang Arab terhadap perkembangan pendidikan madrasah atau sekolah Arab di Malaysia

Latifah Abdul Latiff, and Siti Nor Azhani Mohd Tohar, and Farah Laili Muda @ Ismail, and Anita Ismail, (2018) Sumbangan orang Arab terhadap perkembangan pendidikan madrasah atau sekolah Arab di Malaysia. Al-Hikmah, 10 (2). pp. 35-53. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
787kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Pendidikan merupakan antara aspek penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat serta kemajuan sesebuah negara. Kemajuan sesebuah negara turut dikaitkan dengan tahap pendidikan atau literasi bangsanya. Pendidikan berteraskan agama sangat penting dalam kehidupan masyarakat Melayu di Malaysia. Pendidikan agama madrasah atau sekolah Arab di Malaysia mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan ia turut mempengaruhi kehidupan beragama masyarakat Melayu pada hari ini. Pendidikan agama di Malaysia merupakan inisiatif dan usaha gigih orang Arab yang prihatin terhadap pegangan agama orang Melayu beragama Islam di negara ini. Namun, sumbangan mereka dalam perkembangan sekolah agama di Malaysia telah dipinggirkan. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mengkaji sumbangan orang Arab khasnya orang Arab Hadhrami dalam perkembangan pendidikan agama atau madrasah di Malaysia (Tanah Melayu) pada abad ke-20 Masihi. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan berbentuk kualitatif secara analisis kajian literatur serta kandungan sumber primer seperti bahan arkib, dokumen dan rekod rasmi. Sumber sekunder seperti makalah ilmiah, buku dan surat khabar turut menjadi rujukan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa orang Arab khasnya Arab Hadhrami keturunan Sayyid berperanan penting dalam pembangunan pendidikan agama di Malaysia melalui penubuhan beberapa buah madrasah atau sekolah Arab yang ditubuhkan sekitar awal abad ke-20 Masihi. Namun, atas faktor masa, kekangan kewangan dan perubahan polisi pendidikan negara, madrasah yang dipelopori oleh orang Arab ini telah diambilalih oleh kerajaan negeri. Sehingga kini masih terdapat madrasah yang masih aktif menggunakan sistem kurikulum dan kokurikulum arus perdana tetapi pada masa yang sama masih mengekalkan identiti madrasah.

Item Type:Article
Keywords:Pendidikan agama; Madrasah; Malaysia; Melayu; Orang Arab
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:13809
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Dec 2019 00:17
Last Modified:20 Dec 2019 22:43

Repository Staff Only: item control page