Elemen siyasi dalam huraian hadis gerakan dakwah: pendekatan Sayyid Muhammad Nuh (1946-2007)

Muhammad Arif Yahya, (2018) Elemen siyasi dalam huraian hadis gerakan dakwah: pendekatan Sayyid Muhammad Nuh (1946-2007). Al-Hikmah, 10 (2). pp. 54-69. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Pendekatan huraian hadis oleh seseorang sarjana adalah berdasarkan aliran yang dipegang serta matlamat dan objektif yang ingin diketengahkan. Pimpinan gerakan dakwah khususnya yang beraliran al-haraki (gerakan Islam semasa) memiliki metode dalam huraian hadis ini terutamanya dalam membincangkan isu-isu semasa. Salah satu isu semasa tersebut adalah siyasah (politik). Sayyid Muhammad Nuh merupakan tokoh dakwah semasa yang mengemukakan huraian hadis dengan pendekatan dakwah harakiyyah. Kajian ini bertujuan untuk melihat elemen siyasi dalam huraian hadis yang dikemukakan oleh Sayyid Muhammad Nuh di dalam karya-karyanya. Karya-karya beliau yang dipilih iaitu Tawjihat Nabawiyyah ‘ala al-Tariq, Afat ala al-Tariq dan karya Min Akhlaq al-Nasr fi Jiyl al-Sahabah. Metodologi yang digunapakai dalam kajian ini ialah metode kualitatif dengan menganalisis karya-karya yang berkaitan dengan tajuk perbincangan. Hasil kajian mendapati bahawa huraian hadis yang diketengahkan oleh Sayyid Muhammad Nuh adalah berdasarkan dakwah harakiyyah khususnya gerakan Ikhwan Muslimin. Hadis-hadis yang dikaji adalah berkaitan tuntutan berada di dalam jamaah serta janji kemenangan kepada umat Islam yang telah dikaitkan dengan elemen siyasi dalam huraian hadis tersebut. Kajian juga mendapati bahawa pendekatan ini turut dipengaruhi tujuh maratib al-amal yang telah digagaskan dalam dakwah Ikhwan Muslimin oleh Hasan al-Banna.

Item Type:Article
Keywords:Siyasi; Hadis; Sayyid Muhammad Nuh; Gerakan Dakwah; Al-Haraki
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:13810
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Dec 2019 00:23
Last Modified:20 Dec 2019 22:44

Repository Staff Only: item control page