Yasmon Mohamed, and Abdul Ghafar Don, and Razaleigh Muhamat @Kawangit, (2018) Pengurusan dakwah orang Asli oleh Majlis Agama Islam dan adat istiadat orang Melayu Kelantan (MAIK). Al-Hikmah, 10 (2). pp. 70-85. ISSN 1985-6822
|
PDF
762kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat pengurusan dakwah Orang Asli oleh MAIK merangkumi aktiviti atau program dakwah yang dilaksanakan kepada masyarakat Orang Asli di Kelantan. Kajian ini adalah penting untuk mengkaji sejauhmana usaha dan penglibatan MAIK dari awal penglibatannya dengan masyarakat Orang Asli dan pencapaiannya sehingga kini. Bagi mencapai tujuan tersebut, penulis telah menggunakan dua kaedah utama pengumpulan data iaitu kajian lapangan dan kajian dokumen. Dalam kajian lapangan, penulis menggunakan metode temubual dan pemerhatian daripada pengalaman bersama mereka sebelum ini. Manakala, kajian dokumen dibuat berdasarkan dokumen yang disediakan oleh pihak MAIK seperti laporan tahunan, minit mesyuarat, kertas kerja, dan lain-lain untuk lebih memantapkan lagi dapatan kajian ini. Hasil kajian mendapati, pihak MAIK telah banyak melaksanakan aktiviti atau program terhadap golongan sasaran. Secara keseluruhannya, usaha dan inisiatif MAIK telah membuahkan hasil seperti pelantikan Guru Agama Orang Asli, pelaksanaan Solat Jumaat, pelantikan imam mukim dari kalangan Orang Asli, serta penambahan pospos baru untuk sebaran agama Islam. Namun, tidak dinafikan, sambutan dan penghayatan mereka kepada ajaran Islam masih lagi memerlukan usaha yang lebih gigih.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengurusan; Dakwah; Orang Asli; MAIK |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 13811 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 18 Dec 2019 00:31 |
Last Modified: | 20 Dec 2019 22:45 |
Repository Staff Only: item control page