Kaunseling online dalam dunia terhubung

Zainab Ismail, (2018) Kaunseling online dalam dunia terhubung. Al-Hikmah, 10 (2). pp. 86-94. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
545kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Kaunseling online dalam dunia terhubung adalah idea dan amalan baharu dalam proses hubungan membantu daripada kaunselor kepada klien melalui kemudahan internet. Kaunseling online ini merupakan suatu inovasi yang membantu menyediakan keselesaan kepada klien yang berhajat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan intervensi dengan segera, tetapi terhalang oleh lokasi geografi yang jauh, masa yang kritikal serta pelbagai halangan lain. Pada asasnya kaunseling online ini memberikan pilihan kepada klien untuk memilih sesi kaunseling sama ada melalui e-mel atau modaliti chat seperti whatsApp, telegram, facebook atau telefon. Kaunseling online ini dilakukan tanpa bersemuka seperti dalam teknik kaunseling konvensional. Dari segi fungsi, kaunseling online adalah suatu perkhidmatan kaunseling yang dapat diberikan kepada klien dengan segera tanpa hubungan secara bersemuka. Makalah ini bertujuan untuk membincangkan konsep, fungsi dan perlaksanaan kaunseling online dalam dunia terhubung. Data untuk makalah ini dikumpul melalui analisis dokumen dan dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian menunjukkan kaunseling online sangat penting kerana ia dapat memberi ruang yang kondusif kepada klien dan membantu klien mencari jalan keluar dengan segera daripada masalah yang dihadapi. Dari segi perlaksanaan, kaunseling online adalah menggunakan amalan baharu secara maya. Secara keseluruhan, kaunseling online ini merupakan suatu inovasi yang relevan dengan kepesatan pembangunan negara dalam dunia terhubung dan berfungsi sebagai satu teknik kaunseling hikmah (wisdom counseling).

Item Type:Article
Keywords:Kaunseling online; Kaunselor online; Strategi intervensi; Kemahiran kaunseling; Kaunseling hikmah
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:13812
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Dec 2019 00:42
Last Modified:20 Dec 2019 22:46

Repository Staff Only: item control page